Salam sejahtera semua,semalam saya dah ceritakan serba sedikit mengenai penggunaan command prompt.Untuk mereka yang terlepas artikel bahagian pertama anda boleh membaca di sini.

Baiklah kali ni saya nak berkongsi lagi maklumat tambahan apa lagi yang boleh dilakukan menggunakan command prompt (sambungan):

3. Memeriksa network card (tempat di mana kabel internet/LAN di sambung) samada masih berfungsi atau sebaliknya.Caranya dengan menaip ping 127.0.0.1.Jika terdapat tindakbalas dari 127.0.0.1 iaitu Reply from 127.0.0.1: bytes=32 time<1ms TTL=128 atau seumpama dengannya bermaksud network card anda berfungsi dengan baik.

checknetcard.JPG

Memeriksa Network Card komputer

 

4. Auto shutdown komputer anda.Jika anda ingin meninggalkan komputer untuk urusan lain tetapi komputer masih lagi berfungsi misalnya tengah download anda boleh set fungsi ni.Misalnya anda tengah download movie dan amik masa 30 minit,tapi anda mengantuk gila time tu nak tunggu siap.Taipkan saja shutdown -s -t “2400″ pastu Enter

maknanya : shutdown untuk shutdown komputer, -s untuk shutdown tanpa restart , -t “2400″ adalah masa yang di set dalam saat.2400 saat = 40 minit.Set la lebih sikit takpe.

shut.JPG

Gambaran apabila anda menggunakan fungsi shutdown di atas.Satu pop-up akan terhasil.

5. Membuka applikasi Windows seperti Microsoft Word

Pertama sekali anda perlu tahu directory di mana Microsoft Word di install.Selalunya Microsoft Word disimpan di Program Files.Caranya bukak directory program files anda menggunakan command prompt. Sila lihat langkah berikut:

Langkah 1 : Buka command prompt anda dan taip cd.. sehingga ke C:// iaitu partition asal Program Files dan Microsoft Word anda.

1.JPG

Langkah 2 : Kemudian cari Program Files anda dan Microsoft Word menggunakan cd dan dir.cd untuk masuk ke directory.Taip cd Pro (perkataan Program Files bermula dari Pro) kemudian tekan tab.Pilih yang sesuai dan Enter.Rujuk gambar di bawah:-

2.JPG

 

Langkah 3 : Gunakan dir untuk senaraikan folder yang terdapat dalam Program Files dan pilih Microsoft Word menggunakan cd Microsoft Office.Rujuk gambarajah :-

3.JPG

Langkah 4 : mengunakan dir untuk senaraikan folder dalam Microsoft Office dan pilih OFFICE11>kemudian dir lagi untuk mencari WINWORD.EXE iaitu aplikasi untuk membuka Microsoft Word.Taip WINWORD.EXE dan Microsoft Word akan terpapar.

4.JPG

5.JPG

Dalam contoh kelima ni saya cuma nak tunjukkan kemahiran menggunakan dir dan cd.Macam-macam boleh buat kalau kita tahu menggunakan command prompt ni.

Selamat mencuba.

starline