Skip to content

Anjung PC dot Com

Informasi Teknologi Komputer & Internet

Archive

Archive for April, 2009

Salam sejahtera,

Berikut adalah spesifikasi komputer yang menggunakan komponen yang dibeli dan dipasang sendiri. Komponen dibeli berasingan dan dipasang menjadi sebuah komputer. Pemiliknya adalah saudara Alif Syazwan, rakan seperjuangan dalam sains komputer. Mari kita semak bersama:

Komponen

Spesifikasi

Harga (RM)

Motherboard ASUS M4N78 Pro

LAN, Hybrid SLI, PCI-E 2.0

350

Processor Phenom II Black Edition 720

2.8 Ghz

510

Samsung LCD Monitor

20 Inci

445

Western Digital Hard Disk

1 Tb

350

DDR II RAM

4 Gb

160

XFX GTS 250 DDR III Graphic Card

512 Mb

550

Keyboard + Mouse

Microsoft

50

Power Supply Cooler Master Extreme Power Plus

460Watt

160

Chassis Cooler Master Elite 340

Black

160

Semuanya berharga

RM 2735.00

Salam sejahtera,

Perniagaan internet? Boleh berjayakah? Susah sangatkah? Takut?

Itu sebahagian pandangan sesetengah daripada kita mengenai internet. Risiko dan takut tertipu mungkin punca utama ramai yang menyembunyikan diri. Dalam tidak sedar, sebenarnya peranan internet semakin hari semakin menguasai pasaran ekonomi. banyak syarikat sudah menggunakan medium internet untuk mengaut keuntungan. Tujuan utama perniagaan. Sebab utama adalah murah dan cepat!

Tidak tahu menggunakan internet untuk menjalankan perniagaan bukan lagi alasan utama kepada kita. Sudah ramai bijak pandai menggunakan internet. Membuat blog, menjual barang, berjual beli dan sebagainya. Sebagai satu medium yang dianggap paling luas pasarannya, kadar penjualannya juga adalah tinggi.

Di dalam modul Pakej Lengkap Perniagaan Internet diterangkan dengan terperinci satu demi satu, A ke Z bagaimana memulakan dan berjaya dalam perniagaan internet. Rebut peluang belajar menjadi mahir dab berjaya. Antara modulnya adalah:

MODULE 1 – Asas Perniagaan Internet

MODULE 2 – Idea Perniagaan dan Kajian Pasaran

MODULE 3 – Pembinaan Laman Web Perniagaan

MODULE 4 – Surat Jualan dan Kandungan Laman Web

MODULE 5 – Proses Jualan Menerusi Internet

MODULE 6 – Automasi dan Sistem Perniagaan

MODULE 7 – Pemasaran Efektif Perniagaan Internet

MODULE 8 – Menjana Keuntungan Berterusan

Apa yang menarik di dalam pakej ini?

  • Didatangkan dalam bentuk DVD
  • Video Tutorial Langkah Demi Langkah, dalam Bahasa Melayu sepenuhnya lebih dari 11 jam!
  • Panduan Secara Praktikal – Lihat , Dengar dan Terus Buat
  • Software, script, template, grafik dan segala kelengkapan membina perniagaan internet anda hanya dari rumah

Belajar dan praktikkan sendiri menggunakan Panduan Lengkap Perniagaan Internet!

- Mohd Zaini Ismail -

Banyak lagi blog-blog komputer dan IT yang mempunyai informasi yang tak kurang hebatnya.Oleh itu tak rugi pembaca semua melawat blog mereka kerana ini dapat menambahkan ilmu pembaca.Berikut saya senaraikan untuk pengetahuan semua.

Nota : Klik pada thumbnail untuk melawat blog

AnjungPC – Blog komputer dan Internet SembangKomputer.com – Tips-tips komputer
Thumbnail via WebSnapr: http://blog.anjungpc.com/ Thumbnail via WebSnapr: http://sembangkomputer.com

Melayubuntu – Tutorial & Tips Linux Amanz.my – Info teknologi & komputer terkni
Thumbnail via WebSnapr: http://melayubuntu.blogspot.com Thumbnail via WebSnapr: http://amanz.my/
MyWindowsXp – Tutorial Komputer Sifoo.com – Sumber grafik, animasi Malaysia
Thumbnail via WebSnapr: http://www.mywindowsxp.info/ Thumbnail via WebSnapr: http://sifoo.com
DilarangMelarang – Tutorial & Tips blogger InfoMalaya.com – Info Teknologi Komputer Malaysia
Thumbnail via WebSnapr: http://blogmenjerit.com Thumbnail via WebSnapr: http://www.infomalaya.com/
KillVearn – Komputer Merah Hitam BudakKomputer – Budak dan komputer
Thumbnail via WebSnapr: http://killvearn.com/blog/ Thumbnail via WebSnapr: http://www.budakkomputer.co.cc/
Waidakmy – Wanita dan komputer KedaiGambar – Blog tutorial photoshop
Thumbnail via WebSnapr: http://waidakmy.com/ Thumbnail via WebSnapr: http://kedaigambarku.co.cc/
JomPHP.com – Pusat Informasi IT anda! Cekapkomputer – Blog komputer dari Sabah
JomPHP.com - Pusat Informasi IT anda! Thumbnail via WebSnapr: http://cekapkomputer.blogspot.com/
BuletinPc – Blog buletin pc Azumass – Blog komputer
Thumbnail via WebSnapr: http://www.buletinpc.com/ Thumbnail via WebSnapr: http://www.azumass.com/blog/

Salam sejahtera,

Ini adalah survey. Tujuan utama adalah untuk pengetahuan semata-mata. Tiga (3) website pertama bila anda buka Internet Explorer @ Mozilla Firefox atau sebarang pelayar web anda. Nyatakan juga kenapa anda membuka laman tersebut.

explore.gif

Bagi saya:

  1. Kosmo.com.my – Untuk berita terkini (Malaysia dan luar). Saya selalu ingin tahu apa yang terjadi kepada persekitaran. Tidak hanya tertumpu pada blog sahaja.

  2. CPanelmenyemak pembelian terkini Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer dalam database. Jika ada, saya akan lakukan tindakan yang sepatutnya.
  3. Gmail – Semak email yang masuk. Jika ada benda yang ingin dihantar atau dibalas, saya segera laksanakan.

Anda pula bagaimana?

Mohd Zaini Ismail

Salam sejahtera,

virus.jpg

Virus generasi baru iaitu Confiker sudah mula menular. Ia juga dikenali sebagai Downup, Downadup dan Kido. Sasaran utama adalah pengguna sistem operasi Windows (Windows 2000, XP, Vista, Server 2003 dan Server 2008).

Nama: Confiker, Downup, Downadup

Saiz: 58,368 bytes

Serangan: Sistem operasi Windows

Confiker akan menyebabkan System Restore tidak berfungsi (disable). Tujuan utama Conficker menyahfungsi System Restore adalah untuk menghalang akses ke website yang mempunyai keselamatan tinggi. Kemudian dengan mudah akan masuk ke komputer kerana tiada keselamatan atas sesuatu website. Pengguna akan mudah memuat turun pelbagai jenis data dan salah satunya mungkin Conficker. Hasilnya, virus ini akan mula merebak dan merosakkan sistem komputer.

Jika anda menggunakan antivirus, sila rujuk di laman web antivirus tersebut untuk tujuan keselamatan. Sediakan payung sebelum hujan. Bila hujan akan banjir dan merosakkan tanaman dan kemudahan. Begitu juga dengan serangan virus. Bukan hanya Conficker sahaja tetapi semua jenis virus. Langkah keselamatan adalah perlu.

Jika dijangkiti, sila rujuk laman Microsoft ini untuk penyelesaian:  Protect yourself from the Conficker computer worm

Rangkaian Berita IT