Perlunya Hosting & Domain

5 Commented September 18 2008
Categorized Under: Internet

Dapatkan Demo Version Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer secara PERCUMA sekarang! Layari www.anjungpc.com

Salam sejahtera para pembaca budiman,

Dewasa ini penggunaan blog semakin popular. Setiap pengguna internet saya percaya mempunyai sekurang-kurangnya satu blog. Banyak website percuma seperti Wordpress dan Blogger menyediakan perkhidmatan membuat blog.

domainhosting.jpg

Apa itu web hosting?

Web hosting merupakan ruang untuk pengguna internet menyimpan data (kebiasaannya laman web) dan dapat diakses ke seluruh dunia. Perkhidmatan web hosting disediakan oleh syarikat web hosting adalah seperti ftp, mail service dan fantastico untuk cpanel. Secara kesimpulannya, web hosting adalah seperti rumah yang dibeli untuk menyimpan barang dan melakukan aktiviti.

Domain

Domain secara ringkasnya adalah alamat sesuatu laman web. Misalnya anjungpc.com adalah nama domain untuk website yang menjual Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer. Jika hosting diibaratkan seperti rumah, domain pula adalah alamat rumah tersebut

Namun pengunaan web hosting berbayar adalah lebih berkesan berbanding web hosting percuma kerana beberapa faktor.

  1. Jika anda mempunyai syarikat, dengan penggunaan hosting berbayar para pelanggan anda akan lebih yakin dengan anda kerana kelihatan lebih professional. Keyakinan pelanggan penting untuk meningkatkan lagi kredibiliti dan pasaran. syarikat anda.
  2. Anda bebas melakukan apa sahaja (selagi tidak melanggar terma syarikat hosting) ke atas website anda. Kebanyakkan hosting percuma meletakkan syarat yang ketat disamping banyak iklan akan terpapar di website anda. Iklan dari syarikat hosting percuma tersebut yang menggangu perjalanan website anda.
  3. Ruang yang disediakan oleh syarikat hosting percuma adalah terhad. Misalnya anda hanya boleh menggunakan sebanyak 50mb sahaja. Tetapi dengan hosting berbayar sekarang sebenarnya anda mampu memiliki sebanyak 5000mb = 5Gb lebih ruang saiz.

Tidak dapat dinafikan, modal perlu dikeluarkan untuk memiliki hosting dan domain tetapi teramat berbaloi jika anda melabur sedikit wang untuk kestabilan dan perkhidmatan yang berterusan. Berbekalkan RM100 anda sudah mampu memiliki sebuah hosting yang berkapasiti tinggi. Bagi saya hosting yang baik adalah berkualiti dan mampu milik.

 

 

 

Pendaftaran Domain

 

Harga (RM)

.COM

35.00

.INFO

35.00

.ASIA (2 Years) (Asia)

89.00

.COM.MY (Malaysia)

59.00

.NET.MY (Malaysia)

59.00

.ORG.MY (Malaysia)

59.00

MY (Malaysia)

77.00

.CO.IN (India)

 

35.00

Jadual di atas adalah dari Shinjiru.com.my yang menyediakan perkhidmatan hosting dan domain berbayar pada harga mampu milik. Jika kita lihat pada waktu dahulu, satu domain .com.my adalah berharga RM100 tetapi kini dengan RM59 anda sudah mampu memilikinya. Maklumat lanjut anda boleh layari di sini.

p/s: Bandingkan harga sebelum membuat sebarang pembelian. Pengguna bijak, faedahnya banyak.

Salam Ramadhan

Bacaan tambahan:

Popularity: 5% [?]

Bacaan tambahan

  • No Related Posts

5 Comments

  • At 2008.09.21 06:36, azuwan said:

    bijak dahulu..bijak sekarang…mari2..hosting murah..aku senantiase support hang no..

    • At 2008.09.24 02:26, ijamidayu said:

      :) Bijak membeli n memilih..

      • At 2008.09.25 08:54, dino said:

        Ramai orang beranggapan bahawa jika dah beli domain name kena bayar juga untuk hostingnya.Itu tanggapan tidak beberapa tepat.Sebenarnya kita hanya perlu domain name saje jika menggunakan platform blogger, hostingnya adalah blogger host itu sendiri

        Blogger telah menyediakan jalan penyelesaian buat penggunanya.Hanya bayaran serendah $10 usd kita telah mempunyai domain name sendiri dan hosting sekali.Yang bestnya unlimited bandwidth dan space..

        Just 2 info

        • At 2008.09.25 13:39, starline said:

          Salam Dino,

          Terima kasih atas perkongsian info tersebut. Memang benar seperti anda katakan. Ramai kita tersalah faham. Sebenarnya dengan membeli domain juga kita boleh jalankan perniagaan menjual kembali domain tersebut.

          Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari sedo.com dan afternic.com. Dua marketplace yang saya rasa bagus untuk jual beli domain.

          • At 2008.10.17 16:55, Anjung PC dot Com » Awas Spam E-Mail said:

            [...] Perlunya Hosting dan Domain [...]

            (Required)
            (Required, will not be published)