Assalamualaikum dan selamat pagi,
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat semua umat Islam seluruh dunia khasnya rakyat Malaysia. Bahang kemerdekaan disambung dengan perjuangan umat Islam meneruskan rukun Islam ke-4 iaitu puasa di Bulan Ramadhan.


Tiap kali bulan Ramadhan, kita akan lihat bazar Ramadhan yang tumbuh bagai cendawan dan menawarkan jutaan makanan dari rakyat Malaysia. Jadi, pertama, jangan membazir ketika membeli makanan!.
Bulan Ramadhan melatih manusia menjadi seorang yang lebih menginsafi diri tentang kekurangan dan dosa kita kepada Allah. Betapa kecil dan hinanya kita selama ini jika asyik bergelumang dengan dosa dan maksiat. Jadi sempena bulan Ramadhan yang mulia tingkatkan keimanan kita. Oleh itu, insaflah diri dan mulakan tekad untuk berubah!
Rakyat Malaysia memang terkenal dengan budaya makanan yang mewah dan banyak. Amat mustahil jika seorang rakyat Malaysia tidak cukup makan. Ada sesetengah orang makanan sentiasa ada dimulut. Maknanya makanan sentiasa ada dan seharusnya bersyukur atas nikmat Allah Taala berikan. Jadi, bulan puasa mengajar kita tentang kesusahan fakir miskin menahan lapar dan dahaga setiap hari untuk meneruskan hidup. Hargai nikmat yang ada!
Saya berbicara sebenarnya dengan diri sendiri dan seharusnya bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk menjalankan ibadah puasa pada tahun ini. Untuk kawan-kawan semua, selamat berpuasa, jangan tinggal puasa dan jangan berpura-pura puasa
Mohd Zaini Ismail
Popularity: 3% [?]






