Jul 17 2008
Al-Fatihah Buat Pejuang Sejati Hijau Kuning
Salam sejahtera,
Sebagai salah seorang peminat setia skuad bola sepak Kedah (HIJAU KUNING), saya mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada keluarga Datuk Ahmad Basri Akil, timbalan presiden, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) atas permergiaannya.
Seorang yang amat saya kagumi kerana kelatangan mengkritik cara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membangunkan bola sepak dan sehingga kini FAM masih lagi terumbang-ambing memandu bola sepak negara.
Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil adalah insan pertama mencadang dan meneruskan akademi bola sepak walaupun tidak dipersetujui FAM. Namun hasilnya, akademi bola sepak Kedah kini telah melahirkan bakat-bakat muda yang terbukti berkesan. Lihat sahaja pembangunan dan kecermerlangan bola sepak Kedah kini.
Saya buka berniat berat sebelah kepada Kedah tetapi perancangan Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil itu ada benarnya kerana sudah terbukti Kedah mampu menjadi antara lawan digeruni melalui pemain-pemain mudanya.
Semoga roh Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Akil, yang berusia 69 tahun pada 25 April lalu, dicucuri rahmat oleh Yang Esa.
Al Fatihah
Sumber : www.utusan.com.my, www.hmetro.com.my




Aku dengar pasal ni dalam berita radio hari tu.
Semoga roh beliau dicucuri rahmat dari NYA.