Jul 11 2008
Awas Pengguna Komputer Tegar!
Jika anda pertama kali mengunjungi blog Anjung PC anda digalakkan subscribe di sini untuk mendapatkan artikel komputer menarik.Klik di sini untuk subscribe
Salam sejahtera,
Dunia Internet memang menarik. Kadang-kala kita tidak sedar masa berlalu sehinggakan 10 jam pun kita masih lagi terasa sekejap sahaja. Begitu kuat penangan Internet kepada manusia. Tambahan pula kepada pengguna Internet yang menggunakan perkhidmatan 100% dalam urusan harian.
Tetapi awas! Pengguna Internet juga berisiko untuk mendapat penyakit yang tanpa kita sedari terjadi kepada tubuh badan dan otak kita:
1. Sakit belakang - ini terjadi kerana kita terlalu lama tunduk sambil menaip butang keyboard. Masalah ini selalu terjadi dan cara mengatasi adalah dengan bangun dan melakukan sedikit senaman.
Fakta :- 50 - 80 % daripada penduduk yang berumur antara 25 hingga 60 tahun alami sakit belakang sekali dalam seumur hidup mereka.
:- 12 - 26 % kanak-kanak dan remaja alami sakit belakang.
2. Batu Karang - penyakit yang diketahui apabila terdapat sejenis batuan kristal kecil yang menggangu aliran pundi kencing. Salah satu punca adalah tahan kencing. Kalau rasa nak terkencing pergi sahaja tandas, jangan tunggu lama sangat menghadap komputer.
3. Kerosakan Mata - cahaya yang terlalu tinggi pada skrin komputer boleh menyebabakan kerosakan mata. Elakkan terlalu dekat menghadap monitor komputer.
Sebenarnya ada lagi masalah lain yang berkaitan dengan penggunaan komputer. Jika ada buah fikiran lain, jangan lupa untuk kongsikan bersama.
Salam Muhibbah
sumber bacaan : Utusan Malaysia dan http://lazyguides.info/batukarang/
Bacaan Tambahan :
- Kenapa Masih Ada Yang Tertipu?
- Awas Jenayah Siber!
- Perancangan Masa Hadapan
- Bidang Komputer Tidak Laku
- Dunia Sains Fiksyen & Fantasi
- Terima Kritikan Untuk Berjaya
Ingin Belajar Memformat Komputer Dari Mula Hingga Akhir? dapatkan di sini




Aku rasa aku dah kena sakit yg pertama tu,
Anak aku yg kedua tu pulak selalu tahan kencing bila dah depan pc, sampai aku kena marah dia bila nampak dah nak terkencing.
Ya, mata aku rasanya dah terkesan dengan cahaya dari monitor, tapi aku belum lagi kena pakai spek.
huhu. memang kene hati-hati ni..