Jul 07 2008

Jangan Tiru Walaupun Menarik!

Published by starline at 6:38 pm under Santai

Salam sejahtera,

Saya amat bertuah dapat menulis lagi dalam blog. Setiap kali mengunjungi blog lain, saya lihat di blog lain terutamanya blog Inggeris oleh penulis bukan Inggeris adalah menyalin bulat-bulat artikel dan letakkan di blog sendiri tanpa memberi sebarang kredit ataupun link dari mana artikel tersebut diperolehi.

Bagi saya biarlah penulisan kita tersebut tidak seindah penulisan dari blog lain yang lebih mantap, kita patutnya bersyukur sebab sekurang-kurangnya mempunyai idea untuk menulis bukan meniru.

Walaupun kebarangkalian blog di kemaskini setiap hari, tetapi jika artikel yang dibaca adalah hasil tangan meniru, bagi saya tiada maknanya kita wujudkan blog. Blog untuk berkongsi maklumat dan pendapat snediri bukan dari orang lain.

Jika anda ingin mengetahui sama ada artikel tersebut disalin bulat-bulat dari blog/tempat lain, gunakan Google untuk mengetahui sumber artikel tersebut.

Jadi, buatlah sesuatu dari tangan sendiri.

7 Pandangan Bernas to “Jangan Tiru Walaupun Menarik!”

  1. mazudion 08 Jul 2008 at 3:46 pm

    Salam.
    Saya rasa ini merupakan satu penyakit dalam perkembangan blog. Menulis blog bukan sesuatu yang semudah yang disangka, perlu komitmen, idea dan kreativiti tertentu. Kita seharusnya unik dengan semua perkara tersebut.

    Nice blog bro.

  2. emmeon 09 Jul 2008 at 6:59 pm

    Salam, ya memang ramai yang kerjanya meniru… sekali-sekala takpe lagi kot… :)

    Sekurang2nya kalau nak meniru biarlah dengan cara pengolahan sendirikan?

  3. taukeyon 09 Jul 2008 at 11:53 pm

    perkara ni biasa saya tgk kat internet. kalu buat copy paste sekurang-kurangnya bagila link empunya sebenarnya.

    hehehe…saya pun buat sekali sekala….tapi saya edit semua dan olah guna ayat sendiri….tatau la tu termasuk dalam peniruan juga. tapi idea lebih kurang sama la. hehehe

  4. starlineon 10 Jul 2008 at 3:25 am

    @emme

    Pengolahan sendiri memang bagus sebab kita mengulas kembali artikel yang diberi. Itupun salah satu cara mendapatkan idea. Kita komen/beri pendapat atas artikel di blog lain.

    @taukey

    Sebenarnya meniru itu baik, tapi kena ada caranya. Itu cikgu Matematik saya ajar sebab dengan meniru kita lebih cepat faham. Tapi tiru konsep la bukan jawapan. huhuhu

  5. videonoon 16 Jul 2008 at 3:19 pm

    kalau letak video tu kira meniru ke??

  6. starlineon 16 Jul 2008 at 6:21 pm

    Tidak, sekurang-kurangnya kita memberikan kredit dari mana sumber bahan tersebut

  7. Din Beramboion 25 Jul 2008 at 2:20 pm

    Hoho..aku pun termasuk dlm kategori ni gak ni…tapi amat jarang la aku meniru. Klu aku tiru pun, bg backlink gak pada owner dia.. :D

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply