Archive for July, 2008

Jul 19 2008

Kronologi Sejarah Komputer : Bahagian 1

Published by starline under Teknologi

Salam sejhatera,

Setiap benda yang dihasilkan manusia adalah daripada evolusi ataupun perkembangan benda tersebut. Lihat sahaja kapal terbang, kereta, mentol mahupun makanan. Begitu juga halnya dengan sebuah komputer. Semua komputer hari ini adalah daripada evolusi tahun demi tahun, dekad demi dekad para pakar komputer untuk menghasilkan komputer yang lebih baik dan sempurna kepada para pengguna.

Pengenalan

Mengikut wikipedia, komputer pertama dicipta adalah pada pertengahan kurun ke - 20 ( sekitar tahun 1940 - 1945). Jika dikira sehingga sekarang (2008) lebih kurang 68 tahun usia komputer.

Komputer pertama dibina adalah sebesar ruang tamu rumah dan ada sesetengah pendapat mengatakan saiznya adalah sebesar rumah. Tujuan utama penciptaan komputer adalah sebagai alat bantu manusia terutamanya dalam penyimpanan data.

ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Computer) adalah komputer elektronik pertama di dunia dicipta pada tahun 1946 dan berakhir pada 1955. Dicipta oleh J. Presper Eckert and John Mauchly iaitu dua orang saintis dari University of Pennsylvania. Mereka berdua adalah saintis di School of Electrical of Electrical Engineering, University of Pennsylvania.

eniac2.jpg

 

Tujuan utama penciptaan ENIAC adalah untuk Perang Dunia Ke-2. Digunakan oleh tentera-tentera Amerika sebagai alat utama mempercepatkan pemprosesan data bagi senjata perang.

Sinopsis ENIAC :

Tahun dicipta: 1946

eniac1.gif

Kebolehan : 5000 perlaksaan data/sesaat

Kuasa Elektrik Digunakan : 170 000 watts

Berat : 28 tan

Saiz : 80 inci lebar x 8 inci tinggi

Komponen :17840 tiub vakum,7200 diod kristal, 1500 geganti, 70 000 perintang, 10 000 kapasitor and around 5 juta pateri.

Nilai : Di anggarkan bernilai USD 480 000

Tujuan penciptaan : Kegunaan unit penembak untuk menentukan jarak serangan dengan mengambil kira pembolehubah seperti sudut senjata, keadaan persekitaran dan sebagainya. Tentera Amerika menggunakan semasa Perang Dunia Ke-2 menentang tentera Jerman.

Nota : Bayangkan bagaimana rupa bentuk komputer pertama di sunia. Dengan saiz yang besar dan mempunyai keupayaan terhad, tetapi dari penciptaan pertama ini menghasilkan evolusi komputer yang sempurna.

bersambung…

 

One response so far

Jul 17 2008

Al-Fatihah Buat Pejuang Sejati Hijau Kuning

Published by starline under Terkini

Salam sejahtera,

datuk-ahmad-basri.jpgSebagai salah seorang peminat setia skuad bola sepak Kedah (HIJAU KUNING), saya mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada keluarga Datuk Ahmad Basri Akil, timbalan presiden, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) atas permergiaannya.

Seorang yang amat saya kagumi kerana kelatangan mengkritik cara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membangunkan bola sepak dan sehingga kini FAM masih lagi terumbang-ambing memandu bola sepak negara.

Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil adalah insan pertama mencadang dan meneruskan akademi bola sepak walaupun tidak dipersetujui FAM. Namun hasilnya, akademi bola sepak Kedah kini telah melahirkan bakat-bakat muda yang terbukti berkesan. Lihat sahaja pembangunan dan kecermerlangan bola sepak Kedah kini.

Saya buka berniat berat sebelah kepada Kedah tetapi perancangan Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil itu ada benarnya kerana sudah terbukti Kedah mampu menjadi antara lawan digeruni melalui pemain-pemain mudanya.

Semoga roh Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Akil, yang berusia 69 tahun pada 25 April lalu, dicucuri rahmat oleh Yang Esa.

Al Fatihah

Sumber : www.utusan.com.my, www.hmetro.com.my

One response so far

Jul 11 2008

Awas Pengguna Komputer Tegar!

Published by starline under Info

Jika anda pertama kali mengunjungi blog Anjung PC anda digalakkan subscribe di sini untuk mendapatkan artikel komputer menarik.Klik di sini untuk subscribe

Salam sejahtera,

Dunia Internet memang menarik. Kadang-kala kita tidak sedar masa berlalu sehinggakan 10 jam pun kita masih lagi terasa sekejap sahaja. Begitu kuat penangan Internet kepada manusia. Tambahan pula kepada pengguna Internet yang menggunakan perkhidmatan 100% dalam urusan harian.

Tetapi awas! Pengguna Internet juga berisiko untuk mendapat penyakit yang tanpa kita sedari terjadi kepada tubuh badan dan otak kita:

1. Sakit belakang - ini terjadi kerana kita terlalu lama tunduk sambil menaip butang keyboard. Masalah ini selalu terjadi dan cara mengatasi adalah dengan bangun dan melakukan sedikit senaman.

Fakta :- 50 - 80 % daripada penduduk yang berumur antara 25 hingga 60 tahun alami sakit belakang sekali dalam seumur hidup mereka.

:- 12 - 26 % kanak-kanak dan remaja alami sakit belakang.

2. Batu Karang - penyakit yang diketahui apabila terdapat sejenis batuan kristal kecil yang menggangu aliran pundi kencing. Salah satu punca adalah tahan kencing. Kalau rasa nak terkencing pergi sahaja tandas, jangan tunggu lama sangat menghadap komputer.

3. Kerosakan Mata - cahaya yang terlalu tinggi pada skrin komputer boleh menyebabakan kerosakan mata. Elakkan terlalu dekat menghadap monitor komputer.

Sebenarnya ada lagi masalah lain yang berkaitan dengan penggunaan komputer. Jika ada buah fikiran lain, jangan lupa untuk kongsikan bersama.

Salam Muhibbah

sumber bacaan : Utusan Malaysia dan http://lazyguides.info/batukarang/

Bacaan Tambahan :

Ingin Belajar Memformat Komputer Dari Mula Hingga Akhir? dapatkan di sini

2 responses so far

Jul 07 2008

Jangan Tiru Walaupun Menarik!

Published by starline under Santai

Salam sejahtera,

Saya amat bertuah dapat menulis lagi dalam blog. Setiap kali mengunjungi blog lain, saya lihat di blog lain terutamanya blog Inggeris oleh penulis bukan Inggeris adalah menyalin bulat-bulat artikel dan letakkan di blog sendiri tanpa memberi sebarang kredit ataupun link dari mana artikel tersebut diperolehi.

Bagi saya biarlah penulisan kita tersebut tidak seindah penulisan dari blog lain yang lebih mantap, kita patutnya bersyukur sebab sekurang-kurangnya mempunyai idea untuk menulis bukan meniru.

Walaupun kebarangkalian blog di kemaskini setiap hari, tetapi jika artikel yang dibaca adalah hasil tangan meniru, bagi saya tiada maknanya kita wujudkan blog. Blog untuk berkongsi maklumat dan pendapat snediri bukan dari orang lain.

Jika anda ingin mengetahui sama ada artikel tersebut disalin bulat-bulat dari blog/tempat lain, gunakan Google untuk mengetahui sumber artikel tersebut.

Jadi, buatlah sesuatu dari tangan sendiri.

7 responses so far