Jun 12 2008
Bidang Komputer Tidak Laku?
Jika anda pertama kali mengunjungi blog Anjung PC anda digalakkan subscribe di sini untuk mendapatkan artikel komputer menarik.
Klik di sini untuk subscribe
Salam sejahtera,
Belajar belajar ke peringkat yang lebih tinggi adalah untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik. Tidak kira apa bidang sekalipun. Bidang komputer ataupun ICT juga merupakan satu bidang yang sering ditawarkan di mana-mana pusat pengajian tinggi.
Banyak orang berbual mengenai bidang ICT yang sudah tiada tempat lagi di Malaysia. Orang selalu cakap,
“Buat apa ambil komputer, tak ada kerja”
“Dah berlambak orang pandai komputer”
Apa-apa bidang pembelajaran pun, matlamat akhir adalah untuk mendapat pekerjaan. Bagi graduan muda, punca utama adalah memilih perkerjaan. Mereka tidak mahu pekerjaan bergaji rendah kerana beranggapan kelulusan yang diperolehi adalah tinggi. Secara tidak langsung menutup pintu rezeki yang sentiasa terbuka. Di Malaysia sebenarnya bukan tiada perkerjaan yang boleh di dapati tetapi sikap sebegitu menyebabkan fenomena ini berlaku.
Jangan terlalu bermegah dengan apa yang diperoleh kerana ia cuma nikmat-Nya yang sementara. Sebab itu kita kena terima apa sahaja asalkan mendapat sumber pendapatan. Bermula dari bawah dan semakin lama semakin ke atas. Jika kita berusaha dan berusaha InsyaALLAH, semakin berjaya kita. Dari situ kita dapat pengalaman berguna yang boleh dijadikan batu loncatan ke arah lebih berjaya.
Jika kita lihat dari satu sudut, graduan dalam bidang ICT boleh melakukan pekerjaan sambilan atau perniagaan sendiri menggunakan ilmu yang ada. Antaranya menyediakan perkhidmatan dalam bidang ICT seperti membaiki komputer, khidmat nasihat komputer, jual eBook komputer, membuat laman web dan membuka pusat komputer. Graduan menceburi bidang perniagaan!.Memang benar maksud hadis, 9/10 daripada sumber pendapatan adalah perniagaan. Jadi, bidang perniagaan berteraskan komputer memang satu peluang yang menarik untuk direbut.
Jadi sekarang salah siapa? Peluang sudah ada, cuma alasan menjadi bebanan.
Mohd Zaini IsmailĀ
Lagi artikel komputer :
- Menjaga Lebih Baik Dari Membaiki
- Nak Jimat?Memang boleh..
- Kempen Celik Komputer
- Berani Untuk Gagal
- Perlukah Pengetahuan Komputer
- Kepentingan Berforum Di Internet
Dapatkan eBook Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer,kini dalam bentuk CD yang anda boleh simpan sebagai koleksi.Dapatkan sekarang di sini




errr… memang tak laku laaa kalo takder yang nak kerja dengan kerajaan dan swasta… kalo kerja sendiri dah tentunya laku habissss aaaaaa sebab dah boleh buat duit sendirian berhad…
errr… camner nak suruh bagi sales ebook format komputer terus laris haaaa….
Salam abdfatah,
Memang benar cakap saudara, buat bisnes sendiri satu cara paling baik.
Nak lariskan ebook format komputer jawapannya, promosi…promosi dan promosi.
hehehe… memang kena promosi laa secara berterusan….
hehehehe……..aku semalam tetiba ada orang tanya aku pandai tak format komputer. wah….rugi jugak rasanya kemahiran tu takder. hehehehe.
takper ebook starline ada. hehehe. kalau aku ada rezeki aku beli erk. hehehe.
tentang laku tak laku bidang komputer…hmmm….terpulang jugak dengan diri sendiri sebab kita masih dalam era revolusi bidang komputer nih. hehehe
Kemahiran komputer memang penting. Taukey boleh belajar perlahan-lahan. Lama-lama mesti pandai macam pakar komputer lain.
Nak mencelah sket….
Nak format .. bolehla rasanya.. kalau guna xp .. tak berat sgt.. kalau nak pakai win ME, 98 dengan 95 je .. sakit… tapi. walau apa pun.. kena kreatif..
Bidang ICT bukan pada komputer sahaja. Ada juga business yang guan ICT. Tul tak Starline??
Sekarang zaman guna pc. internet.. jadi nak pasaran.. kene rajin promosi..offline pun boleh..lagipun sekarang dah ada e goverment.. jadi agak ketinggalan kalau tak ambil tahu… hmmm. setakat itu sahaja.. teruskan usaha starline.. !!!
selamat datang yadijaguh,
saya sokong pendapat anda tentang bidang komputer. Sebenarnya banyak bidang pekerjaan dalam asas ICT. Walaubagaimanapun, ICT memang penting dan ada potensi tersendiri.