Jun 06 2008

Berani Terima Kritikan Jika Ingin Berjaya!

Published by starline at 8:17 am under Rencana

Salam sejahtera pembaca budiman.

“Kerja saudara buat ini sia-sia sahaja”

“Kalau macam ini budak kecil pun boleh buat.haha” 

“Laku ke?” 

Kritikan, komen negatif, kutukan dan seumpama dengannya memang sudah jadi lumrah manusia.Kita ini lebih suka mengkritik memusnah dari membina. Kadang-kadang sampai patah semangat orang yang dikritik itu. Kesiannya, tapi itulah manusia.Allah jadikan ada yang baik dan ada yang sebaliknya.

Ini kisah benar dari eBook Panduan Memformat Komputer.Semasa mula melancarkan produk ini pelbagai kritikan saya terima.Hinggakan pada satu tahap saya ingin putus asa dan tidak mahu menjualnya lagi.Komen yang terlalu pedas dan menusuk ke jiwa sanubari.Aduhhh :)

Tapi atas nasihat dari pakar-pakar motivasi perniagaan internet, saya cuba telah semua kritikan tersebut.Alhamdulillah, sekarang rasanya saya sudah boleh menyerap semua itu dengan baik.

Kita bukan insan sempurna tapi kita sedaya upaya lakukan yang terbaik. Teruskan usaha anda jika anda berada di landasan yang betul

Starline

3 Pandangan Bernas to “Berani Terima Kritikan Jika Ingin Berjaya!”

  1. taukeyon 08 Jun 2008 at 12:39 pm

    orang pandang rendah kat ebook ko ke bro? hmm … biar je la bro….yang penting bro tidak tertekan dengan kritikan mereka….hehehe

  2. espointon 11 Jun 2008 at 1:52 am

    abaikan diorang. Kita sendiri yang tahu benda nih laku atau tak.

    Diorang cuma jeles je tu.

  3. ibnu_razion 03 Jul 2008 at 7:08 am

    kiritakan yang busuk n x membina, abaikan je.yang penting pandang ke depan….

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply