Jun
27
2008
Salam sejahtera,
Ramai orang sudah memiliki blog. Tahniah buat diri anda. Walaupun antara bloggers tidak pernah bersua tetapi dalam dunia siber, hubungan tersebut terjalin dengan sendirinya. Dengan adanya blog secara tidak langsung kita saling membantu sesama kita dan berkongsi maklumat-maklumat berguna.
Dari kecil kita belajar dua benda:
- Membaca
- Menulis
Ramai orang suka membaca tidak kiralah dalam bentuk ilmiah atau sebaliknya tetapi amat kurang orang menulis. Betulkah pendapat ini? Bagi saya, rakyat Malaysia bukan sahaja suka membaca tetapi sudah ramai yang menjadi penulis. Tidak kiralah walau menulis blog sekali pun. Malah ada yang sudah kaya dengan hasil penulisannya.
Sesetengah daripada kita memandang rendah profesion dalam bidang penulisan. Ada yang berfikiran bidang penulisan tidak mendatangkan keuntungan dan tidak boleh menjamin masa depan. Jika anda memandang penulisan dari sudut kewangan semata-mata memang anda nampak seperti itu tetapi tujuan utama bidang penulisan adalah lebih dari itu.
Hakikatnya dalam dunia penulisan adalah berbeza. Sudah ramai golongan masyarakat menjadi kaya dengan hasil penulisan mereka. Lihat sahaja penulis buku Harry Potter iaitu Joanne Rowling atau nama penanya J. K. Rowling adalah salah seorang penulis berjaya. Hasil penulisannya adalah aset kekayaan. Selain novel, Harry Potter juga telah diterbitkan menjadi filem.
Apa yang cuba saya sampaikan adalah, jangan hanya memandang sesuatu penulisan sebagai ayat puitis dan perkataan sahaja sebaliknya hasil penulisan tersebut telah menjadikan ia sebagai harta bukan lagi sebuah kertas biasa!
Mohd Zaini Ismail
Jun
20
2008
Salam sejahtera,
“Jika anda gagal dalam sesuatu perkara, anda sebenarnya gagal merancang perkara tersebut.”
Macam itulah bunyinya peribahasa yang pernah dibaca. Ayat sebenarnya lebih puitis. Semua orang ada perancangan, tambahan pula di musim ‘emas hitam’ yang semakin melambung tinggi. Semuanya mesti dirancang dengan teliti. Setiap wang yang dilaburkan perlu ada had dan batasan. Perancangan sudah semeastinya ke arah yang lebih baik, lebih senang dan selesa.
Dalam perancangan masa depan, keutamaan saya adalah bagaimana saya ingin menjimatkan kos harian, bulanan dan tahunan dan menambah pendapatan. Cara paling sesuai dan berkesan adalah dengan menjalankan perniagaan. Tujuan utama perniagaan adalah ibadah dan menambah pendapatan.
Saya amat kagum dengan wujudnya ramai usahawan internet berjaya seperti Dr. Irfan, SmartZul, SaifulSham dan ramai lagi yang bijak merancang untuk berjaya. Selain bidang komputer yang semestinya mendatangkan pulangan yang lumayan, bidang lain juga rasanya ada potensi untuk berjaya, cuma perlu bijak mencari peluang dan manfaatkannya.
Minat, usaha gigih tanpa jemu dan bertawakal pada yang Maha Esa.
Seperti kata orang,
“Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.”
Jadi, apa perancangan anda?
Starline
Jun
12
2008
Jika anda pertama kali mengunjungi blog Anjung PC anda digalakkan subscribe di sini untuk mendapatkan artikel komputer menarik.
Klik di sini untuk subscribe
Salam sejahtera,
Belajar belajar ke peringkat yang lebih tinggi adalah untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik. Tidak kira apa bidang sekalipun. Bidang komputer ataupun ICT juga merupakan satu bidang yang sering ditawarkan di mana-mana pusat pengajian tinggi.
Banyak orang berbual mengenai bidang ICT yang sudah tiada tempat lagi di Malaysia. Orang selalu cakap,
“Buat apa ambil komputer, tak ada kerja”
“Dah berlambak orang pandai komputer”
Apa-apa bidang pembelajaran pun, matlamat akhir adalah untuk mendapat pekerjaan. Bagi graduan muda, punca utama adalah memilih perkerjaan. Mereka tidak mahu pekerjaan bergaji rendah kerana beranggapan kelulusan yang diperolehi adalah tinggi. Secara tidak langsung menutup pintu rezeki yang sentiasa terbuka. Di Malaysia sebenarnya bukan tiada perkerjaan yang boleh di dapati tetapi sikap sebegitu menyebabkan fenomena ini berlaku.
Jangan terlalu bermegah dengan apa yang diperoleh kerana ia cuma nikmat-Nya yang sementara. Sebab itu kita kena terima apa sahaja asalkan mendapat sumber pendapatan. Bermula dari bawah dan semakin lama semakin ke atas. Jika kita berusaha dan berusaha InsyaALLAH, semakin berjaya kita. Dari situ kita dapat pengalaman berguna yang boleh dijadikan batu loncatan ke arah lebih berjaya.
Jika kita lihat dari satu sudut, graduan dalam bidang ICT boleh melakukan pekerjaan sambilan atau perniagaan sendiri menggunakan ilmu yang ada. Antaranya menyediakan perkhidmatan dalam bidang ICT seperti membaiki komputer, khidmat nasihat komputer, jual eBook komputer, membuat laman web dan membuka pusat komputer. Graduan menceburi bidang perniagaan!.Memang benar maksud hadis, 9/10 daripada sumber pendapatan adalah perniagaan. Jadi, bidang perniagaan berteraskan komputer memang satu peluang yang menarik untuk direbut.
Jadi sekarang salah siapa? Peluang sudah ada, cuma alasan menjadi bebanan.
Mohd Zaini Ismail
Lagi artikel komputer :
Dapatkan eBook Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer,kini dalam bentuk CD yang anda boleh simpan sebagai koleksi.Dapatkan sekarang di sini
Jun
10
2008
Salam sejahtera,
Star Wars, Star Trek dan Spiderman. Sebut sahaja apa lagi karya sains fiksyen Barat yang kita selalu tonton.Menarik dan jika berpeluang kita akan menonton sampai berkali-kali. Cicakman, X-ray dan X-ray II pula merupakan cerita sains fiksyen Malaysia.
Jika kita lihat ke semua karya sains fiksyen ini menggunakan teknologi komputer yang canggih di mana menggunakan teknologi CGI.Kita akan tepegun melihat hasil tangan manusia yang mencipta pelbagai watak dan cerita dalam sains fiksyen.
Manakala karya fantasi seperti Narnia dan The Lord Of The Ring adalah contoh terbaik kejayaan karya fantasi manusia. Kita dibawa mengembara ke satu dunia yang jauh dari pemikiran logik manusia. Memang menarik dan mencabar.
Saya sebenarnya berminat dalam bidang penulisan sains fiksyen dan fantasi ini. Satu bidang yang menarik untuk diterokai.Di Malaysia, masih kurang lagi karya berbentuk sains fiksyen dan fantasi.Setakat yang saya tahu cuma Opera Angkasa dan Sayap Adinila . Walau bagaimanapun saya masih belum membaca kesemua novel tersebut.
Di Malaysia ini karya-karya cinta banyak menghiasi minda masyarakat kita. Bila sebut saja novel mesti ingat novel cinta.Kalau ceritanya bukan mengenai du aorang lelaki berebut seorang wanita mesti sebaliknya.
Jadi pada anda semua, daripada membuang masa bersembang kosong dan berseronok, baik gunakan masa tersebut menghasilkan sebuah karya tidak kisahlah apa jenis kategori pun. Seelok-eloknya terokai bidang sains fiksyen dan fantasi sebab ianya memang menarik.
“kurang bercakap…banyak idea..banyak menulis”
Jika anda pertama kali mengunjungi blog Anjung PC anda digalakkan subscribe di sini untuk mendapatkan artikel komputer menarik.
Klik di sini untuk subscribe
Lagi artikel komputer :
Dapatkan eBook Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer,kini dalam bentuk CD yang anda boleh simpan sebagai koleksi.Dapatkan sekarang di sini
Jun
06
2008
Salam sejahtera pembaca budiman.
“Kerja saudara buat ini sia-sia sahaja”
“Kalau macam ini budak kecil pun boleh buat.haha”
“Laku ke?”
Kritikan, komen negatif, kutukan dan seumpama dengannya memang sudah jadi lumrah manusia.Kita ini lebih suka mengkritik memusnah dari membina. Kadang-kadang sampai patah semangat orang yang dikritik itu. Kesiannya, tapi itulah manusia.Allah jadikan ada yang baik dan ada yang sebaliknya.
Ini kisah benar dari eBook Panduan Memformat Komputer.Semasa mula melancarkan produk ini pelbagai kritikan saya terima.Hinggakan pada satu tahap saya ingin putus asa dan tidak mahu menjualnya lagi.Komen yang terlalu pedas dan menusuk ke jiwa sanubari.Aduhhh
Tapi atas nasihat dari pakar-pakar motivasi perniagaan internet, saya cuba telah semua kritikan tersebut.Alhamdulillah, sekarang rasanya saya sudah boleh menyerap semua itu dengan baik.
Kita bukan insan sempurna tapi kita sedaya upaya lakukan yang terbaik. Teruskan usaha anda jika anda berada di landasan yang betul
Starline