May 27 2008
Kenapa Masih Ada Yang Tertipu?
Jika anda pertama kali mengunjungi blog Anjung PC anda digalakkan subscribe di sini untuk mendapatkan artikel komputer menarik.Klik di sini untuk subscribe
Salam sejahtera,
Agak lama juga saya tidak menulis menaip sebarang informasi mengenai komputer.Kadang-kadang sibuk dan tiada masa.Tapi sebenarnya itu bukan satu alasan kukuh ingin melarikan diri dari lapangan blog.
Artikel kali ini cuma mengajak kita bersama berfikir mengenai penipuan yang sering berlaku di Internet.Penipuan yang jika difikir menggunakan akal yang diberi Allah dapat ditangani,cuma hawa nafsu menjadi pedoman,maka rosak binasalah hidup.Berfalsafah pulak!.
Mari renungkan sejenak antara penipuan terang-terangan yang ada di Internet:
- Skim Cepat Kaya
- Data Entry
- Pay per survey atau pay per email.
Skim cepat kaya yang akhirnya menjadi kayap.Melabur satu ribu mendapat pulangan beratus-ratus ribu dalam masa singkat.Kalau difikirkan logik akal amat mustahil berlaku .
Kenapa masih ada yang tertipu?
Data Entry ini merupakan satu konsep berkerja di rumah.Pelanggan perlu mendaftar dengan membayar sekian-sekian wang dan akan mendapat kerja hanya duduk dari komputer dan menaip.Tetapi hakikatnya pelanggan perlu mencari lagi pelanggan lain untuk menyertai program data entry seperti mereka lakukan sebelum ini.Memang sudah kena tipu.
Kenapa masih ada yang tertipu?
Pay per survey atau pay per email pula satu program di mana hanya perlu membaca email dan diberikan sejumlah wang.Dalam masa tertentu pengguna dapat mengeluarkan duit tersebut.Namun setelah bertahun-tahun menyertai dan mendapat pulangan dan mematuhui segala syarat wang masih juga tidak dapat.
Kenapa masih ada yang tertipu?
Saya tidak mempunyai jawapan tepat dari semua penipuan di atas.Setiap manusia mempunyai pandangan sendiri.Tidak salah menjadi kaya tetapi jangan sampai tertipu!.
Renungkan bersama…
Mohd Zaini
Dapatkan eBook Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer,kini dalam bentuk CD yang anda boleh simpan sebagai koleksi.Dapatkan sekarang di sini
Lagi artikel komputer :




mungkin kurang ilmu lah yang menyebabkan mereka menjadi begitu….sebab aku dulu pun pernah ditipu begitu jugak…hehehe….tapi sekarang susah sikit nak ditipu….hehehe
sebenarnya, ada yang memang benar-benar membayar dan ada yg memang dah berniat dari awal hendak menipu kita. So, hati-hatila ketika mata rambang nak join semua benda..
Ramai masih tertipu sebab kurang ilmu… so, “kita” la yang kene beri kesedaran pada semua.
betul. Kita sendiri kene cari jika kita betul2 mahu tahu yang mana lagi bagus.
pakcik dulu pon dah terkene dah… tapi tuh arr.. kita belajar dari kesilapan…