Salam sejahtera pembaca budiman,
Kalau di ceritakan mengenai Internet semua orang tahu,tidak kira budak kecil mahupun dewasa.Itu baru Internet,belum lagi telefon bimbit,dari kecil,remaja dan rentua (pinjam ayat Ustaz Akil) semua sudah memiliki telefon bimbit.Budak sekolah rendah pun sudah guna telefon bimbit.
Apa maksud Internet?
Senang faham sekumpulan rangkaian komputer yang bersambungan untuk membentuk komuniti bertujuan untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan.Sebenarnya dunia Internet ini sama sahaja konsepnya dengan dunia nyata,cuma ia khayalan tetapi benar.Maklumat tanpa sempadan maknanya kita boleh memperolehi maklumat sama ada baik atau buruk hanya dengan menaip butang di papan kekunci komputer kita dan cari.Begitu mudah.
Boleh dikatakan dunia Internet terlalu luas untuk diterokai.Semakin banyak kita membaca semakin banyak kita pelajari dan semakin kita berfikir,rupanya masih banyak yang kita tidak tahu.
Sebahagian daripada kita menjadi ‘penonton’ di Internet dan sebahagian lagi menjadi ‘pemain’.Penonton merupakan golongan yang menggunakan Internet untuk mencari bahan,maklumat termasuklah pembeli manakala pemain meyediakan segala bahan ataupun penjual.Saya bercerita mengenai perniagaan di internet.
Jadi,anda tanya siapa diri anda dalam dunia Internet?
Walau siapa pun anda,jangan khuatir anda tetap menyumbang
Mohd Zaini
Popularity: 3% [?]







nice artikel…. starline dah balik dari kampung ke? hehehe ke taip ni kat cyber cafe
Dah balik dari kampung..Thanks Taukey