TAG : Watak Kartun Kegemaran

9 Commented May 5 2008
Categorized Under: Santai

Salam sejahtera,

Selain menulis mengenai komputer,sekali-sekala kena rehatkan minda jugak.Macam biasa selalu melawat blog kawan-kawan mencari maklumat terkini tentang apa sahaja.Sekarang ini musim TAG menge’TAG’ (maafkan saya tidak dapat mencari perkataan sesuai).Blog Anjung PC tidak terlepas kena TAG: Watak Kartun Kegemaran.Kali ini kena TAG dengan Taukey.Taukey apa? Kaya ni :)

Berikut adalah syarat-syaratnya yang perlu dipatuhi jika anda kena TAG.

1. Hanya berikan satu watak cartoon kegemaran korang, walaupun aku tau korang suka banyak cartoon… Ye la, dulu kecik-kecik mesti korang nak jadi Spider-man la, X-Men la, Superman la, Usop Sontorian la :P Tak kisah la, watak cartoon apa pun yang korang suka aku cuma nak korang beri satu saje.

2. Ceritakan secara ringkas, apa yang korang nak buat kalau korang ada kekuatan, atau kuasa, atau” power”, atau apa saje kelebihan yang ada pada ”hero” kegemaran korang tu. Korang boleh ambil contoh yang aku berikan nanti, tapi kalau boleh ceritakan lain dari yang lain, yang datang dari hati korang sendiri… :D

3. TAG balik kepada 5 orang rakan-rakan blog korang, ingat lima saje! Kenapa lima? ikut suka hati aku la… :P

 

popeye.jpg

Watak kartun ini dari kecik sampai la besar saya suka tengok.Apa lagi kalau bukan POPEYE The Sailor Man.Macam biasa la POPEYE akan menjadi kuat bila makan spinach(bayam) dan otot-otonya mulanya mengembang.Terus jadi kuat dan mangsanya adalah Bluto,si jahat gemuk berjambang.

Sebenarnya aku tak nak pun jadi macam POPEYE ni,tapi moral of the story cerita POPEYE ini :

  1. Makanlah banyak sayur-sayuran seperti bayam untuk kesihatan terutamnya untuk menjadi pelawas.
  2. Sabar itu separuh dari iman,walaupun POPEYE ini bukan ISLAM tapi dia penyabar bila kena dugaan dari Bluto.
  3. Manusia jahat ini selalu dapat balasan jahat jugak.

Sebagai meneruskan perjuangan TAG ni,saya akan teruskan permainan ini kepada 5 orang lagi rakan blogger :

  1. Soul – Kawan sepengajian aku
  2. Newacx – Banyak duit ni sebab guna kabel
  3. InfoMalaya -Blog selaluaku lawat
  4. Xtremabizz – Banyak belajar benda-benda menarik
  5. Kuriee – Ini pun selalu jugak melawat

Selamat menjawab bagi anda yang kena TAG.

Popularity: 5% [?]

Bacaan tambahan

9 Comments

  • At 2008.05.05 18:41, Bat said:

    Salam starline,

    Oh, kena tag lagi, huhu..InsyaAllah akan dijawab selepas siap semua assignment menjelang minggu ni. :P

    Aku jawab kat blog peribadi aku ek.

    • At 2008.05.06 00:06, taukey said:

      hahaha…..kartun popeye la pulak…….mau jadi org kuat makanlah spinach…hehehe :P

      • At 2008.05.06 02:17, kooreen79 said:

        hahaha..saya pun tlh ditag..nanti saya jawab..

        • At 2008.05.06 02:25, starline said:

          Wsalam Bat – Jawab jangan tak jawab

          Taukey – Memang suka makan bayam,goreng pun sodap :)

          Kooreen79 – Jawab nanti saya akan baca

          • At 2008.05.06 04:54, emme said:

            popeye?! :D Tak sangka starline suke popeye…

            Ingatkan suke Anarkin StarWalker ke, power rangers ke… hoho :D

            • At 2008.05.06 06:23, starline said:

              Emme,

              Memang pun,nama ja cam angkasa lepas,Starline,tapi Popeye jugak jadi kegemaran.Aku tahu ko pun suka jugak kan popeye? :)

              • [...] aku kena tag dengan Starline. Dia mintak aku tulis tentang watak kartun kegemaran aku. Tengok gambar pun dah tahu kan, itu [...]

                • At 2008.05.08 11:31, emme said:

                  Dulu masa kecik memang aku suka sangat… ala starline… dah ko sebaye aku, dah tentu apa yang ko tengok dulu aku pon tengok jugak… :D

                  Ingat lagi suria baja hitam? Aku dulu konon2 nak jadi macam hero tu la, bergaya betol :P

                  Poyo la aku ni.

                  • At 2008.05.08 16:03, starline said:

                    Salam emme,

                    Sapa tak ingat suria baja hitam,aku dulu siap ponteng kelas fardhu ain lagi nak tengok crita tu.Aku siap bagi macam-macam alasan nak ponteng kelas fardhu ain.

                    (Required)
                    (Required, will not be published)