Apr 29 2008
Awas Jenayah Siber!
Jika anda pertama kali mengunjungi blog Anjung PC anda digalakkan subscribe di sini untuk mendapatkan artikel komputer menarik.Klik di sini untuk subscribe
Salam sejahtera,
Sudah agak lama tidak menulis sebarang entri diblog ni.Maklumlah musim tekanan belum habis lagi
Peperiksaan seterusnya pada 5 Mei akan datang.Terima kasih buat semua pembaca blog Anjung PC.
Jadi apa pula tajuk kali ini?
Saya ingin berkongsi maklumat mengenai jenayah siber.Saya memulakan perbincangan dan berharap anda semua dapat memberi respon untuk kita jadikan perbincangan tajuk ini makin menarik dan bermanfaat.
Jenayah siber boleh dimaksudkan dengan perbuatan penjenah menggunakan medium internet untuk melakukan aktiviti jenayah.Sebagai contoh penipuan kad kredit,mencuri identiti seseorang dan menggodam laman web.Itu cuma sedikit contoh sahaja.Ada banyak lagi contoh lain.Seperti jenayah di dunia nyata tujuan utama adalah untuk mendapatkan keperluan dan memenuhi kehendak seperti mendapatkan duit dan nama.Tujuan lain adalah untuk membalas dendam,berhibur dan suka-suka.
Pada Mei 2006,statistik menunjukkan 52% daripada pengguna internet dunia adalah wanita.Kaum wanita mempunyai kuasa beli dan pengaruh yang besar dalam internet dan perlu berhati-hati dengan setiap langkah dalam internet.Sedikit kesilapan boleh membawa padah dan kerugian pada diri sendiri.
Cara selamat untuk mengelakkan diri dari terpedaya dengan aktiviti jenayah siber adalah dengan mempunyai pengetahuan dan membuat sedikit kajian mengenai sesuatu perkara.Jangan terburu-buru melakukan tindakan kerana ghairah akan tawaran dan pulangan wang yang lumayan.Penjenayah di dunia siber bukanlah calang-calang orangnya.Mereka merupakan pakar komputer dalam bidang pengaturcaraan dan sistem komputer.Sedikit kelalaian anda merupakan peluang yang mereka tunggu.
Di sini letaknya kepentingan ilmu komputer terutamanya Internet.Pastikan komputer yang anda gunakan selamat dan mempunyai ciri-ciri keselamatan.
Akhir kata pesanan saya,
“berhati-hati dan berfikiran rasional di Internet kerana anda mungkin mangsa seterusnya.Jangan terpedaya dengan janji manis dan tawaran menakjubkan”
Mohd Zaini
Dapatkan eBook Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer.Dapatkan sekarang di sini




Thanks kerana kongsi info ni… Aku ada baca paper semalam, Malaysia adalah kawasan “merah” untuk kawasan Asia pacific. Sebab Spyware suka datang Malaysia… So, berhati2 la semua…