Apr
30
2008
Jika anda pertama kali mengunjungi blog Anjung PC anda digalakkan subscribe di sini untuk mendapatkan artikel komputer menarik.Klik di sini untuk subscribe
Salam sejahtera pembaca budiman,

Hari ini genap umur saya 23 tahun.Rupanya dah tua dah.Pejam celik pejam celik sudah lama kehidupan saya ini dan hari ini genap sudah ulang tahun perkahwinan kelahiran saya yang ke-23.
Syukur alhamdulillah saya panjatkan kerana dipanjangkan umur dan di murahkan rezeki.
Sempena ulang tahun saya ini,ada berita baik buat anda semua.Anjung PC memberikan potongan harga sebanyak RM 10.00 untuk eBook Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer iaitu bagi Pakej 1 dan Pakej 2.
Promosi ini saya lakukan untuk memberi peluang pada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan eBook tersebut pada harga rendah.Inilah masanya yang sesuai buat anda semua.
Saya lakukan promosi ini juga untuk memberi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang selama ini banyak membantu saya.Tanpa mereka siapalah saya sebenarnya
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai promosi terbaru ini layari www.anjungpc.com.Dapatkan sekarang sementara masih segar
Mohd Zaini Ismail
Apr
29
2008
Jika anda pertama kali mengunjungi blog Anjung PC anda digalakkan subscribe di sini untuk mendapatkan artikel komputer menarik.Klik di sini untuk subscribe
Salam sejahtera,
Sudah agak lama tidak menulis sebarang entri diblog ni.Maklumlah musim tekanan belum habis lagi
Peperiksaan seterusnya pada 5 Mei akan datang.Terima kasih buat semua pembaca blog Anjung PC.
Jadi apa pula tajuk kali ini?
Saya ingin berkongsi maklumat mengenai jenayah siber.Saya memulakan perbincangan dan berharap anda semua dapat memberi respon untuk kita jadikan perbincangan tajuk ini makin menarik dan bermanfaat.
Jenayah siber boleh dimaksudkan dengan perbuatan penjenah menggunakan medium internet untuk melakukan aktiviti jenayah.Sebagai contoh penipuan kad kredit,mencuri identiti seseorang dan menggodam laman web.Itu cuma sedikit contoh sahaja.Ada banyak lagi contoh lain.Seperti jenayah di dunia nyata tujuan utama adalah untuk mendapatkan keperluan dan memenuhi kehendak seperti mendapatkan duit dan nama.Tujuan lain adalah untuk membalas dendam,berhibur dan suka-suka.
Pada Mei 2006,statistik menunjukkan 52% daripada pengguna internet dunia adalah wanita.Kaum wanita mempunyai kuasa beli dan pengaruh yang besar dalam internet dan perlu berhati-hati dengan setiap langkah dalam internet.Sedikit kesilapan boleh membawa padah dan kerugian pada diri sendiri.
Cara selamat untuk mengelakkan diri dari terpedaya dengan aktiviti jenayah siber adalah dengan mempunyai pengetahuan dan membuat sedikit kajian mengenai sesuatu perkara.Jangan terburu-buru melakukan tindakan kerana ghairah akan tawaran dan pulangan wang yang lumayan.Penjenayah di dunia siber bukanlah calang-calang orangnya.Mereka merupakan pakar komputer dalam bidang pengaturcaraan dan sistem komputer.Sedikit kelalaian anda merupakan peluang yang mereka tunggu.
Di sini letaknya kepentingan ilmu komputer terutamanya Internet.Pastikan komputer yang anda gunakan selamat dan mempunyai ciri-ciri keselamatan.
Akhir kata pesanan saya,
“berhati-hati dan berfikiran rasional di Internet kerana anda mungkin mangsa seterusnya.Jangan terpedaya dengan janji manis dan tawaran menakjubkan”
Mohd Zaini
Dapatkan eBook Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer.Dapatkan sekarang di sini
Apr
20
2008
Salam sejahtera,
Apa khabar anda semua?Moga sihat hendaknya.Walaupun sibuk sangat sekarang ini,tapi masih lagi curi-curi masa tulis blog.Bukan apa kalau sibuk memanjang pun tak elok jugak.Kesihatan kena jaga jugak.Mengadap PC 24 jam ni sakit jugak rasanya.Sakit belakang.
Musim tekanan?Apa tu?Apa lagi kalau bukan musim peperiksaan.Tambahan pulak ini semester akhir memang kena push habis-habis la.Bukan apa nak habiskan cepat-cepat study,boleh kerja.Kalau tak nak kerja bermajikan buat jer perniagaan internet.
Kepada semua kawan-kawan seperjuangan Soul,Azril,Zamri,Jebeng,Faqa,Aiman,Paiz,Mamat,Tiger,Joe dan banyak lagi yang tengah bertungkus lumus tu selamat maju jaya dan jangan kena repeat lagi paper.Pesanan ini jugak buat aku yang kadang-kadang malas jugak nak study.Tapi kali ini kena rajin la.
Tidak lupa juga buat semua pembaca blog ini yang sedang dan akan ambil exam semester ini,aku doakan moga kalian berjaya.Tidak kira la budak sekolah,budak kolej mahupun universiti semuanya sama.Belajar satu kewajipan dan tanggungjawab pada diri sendiri,agama dan negara.
Sebelum apa pun ini ada berita sikit tentang bloggers Malaysia.Sekarang ini media tempatan sibuk highlight isu blogger ini.Terbaru Penangan Blog dari Berita Harian.
Mohd Zaini
Jika anda pertama kali mengunjungi blog Anjung PC anda digalakkan subscribe di sini untuk mendapatkan artikel komputer menarik.
Klik di sini untuk subscribe
Lagi artikel komputer :
Dapatkan eBook Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer,kini dalam bentuk CD yang anda boleh simpan sebagai koleksi.Dapatkan sekarang di sini
Apr
16
2008
Salam sejahtera pembaca budiman,
Post kali ini cuma ingin memaklumkan mengenai website apebarang.com yang kini sudah mempunyai blog sendiri.Pertama kali saya maklumkan,blog ini bukan kepunyaan saya tetapi milik sahabat baik saya yang banyak membantu dalam bidang komputer terutamanya dalam pembikinan website.
Nama brother tu Acop.Panggil Acop dah la k.huhu.Ini link blog tersebut
www.apebarang.com/blog
Sebelum ini saya ada menulis review website apebarang.com di blog saya.Sebenarnya,website apebarang.com memberi ruang kepada para ‘kaki download’ tegar untuk mendapatkan pelbagai jenis software,anime,kartun dan movie untuk komputer mereka.Buat santapan sehari-harian
Sekarang ini sudah ada lebih kurang 500,000 blog di Malaysia.Dengan pertambahan blog semakin hari menjadikan blog sebagai satu ‘medan tempur’ terbaik untuk mendapatkan maklumat terkini dan menarik.
Jika anda masih ragu-ragu dan tidak mengetahui apa itu blog.Dapatkan Panduan Membina dan Membuat Blog Wordpress sekarang.
Selamat berblog dan selamat membaca.
Mohd Zaini a.k.a starline
Jika anda pertama kali mengunjungi blog Anjung PC anda digalakkan subscribe di sini untuk mendapatkan artikel komputer menarik.Klik di sini untuk subscribe
bacaan tambahan :
- Tingkatkan Rangking Website Sekarang!
- Kongsi Tips Bersama Pengguna Internet
- Website Dirosakkan Bencana Alam
- Beli Baru Jer lah…
- Berani Untuk Gagal
Dapatkan eBook Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer,kini dalam bentuk CD yang anda boleh simpan sebagai koleksi.Dapatkan sekarang di sini
Apr
13
2008
Salam sejahtera,
Semalam tengah surf internet,kawan saya datang bagitau yang website Universiti Teknologi Mara kena ceroboh (hack).Orang yang hack tu nama CuciOtak.Tak tahu la siapa CuciOtak ni.Korang boleh tengok kat print screen kat sebelah (klik kanan dan view image) atau layari sendiri website www.uitm.edu.my
Sehingga ke saat ini (15 April 2008 jam 1.25 pagi),pihak admin UITM belum lagi membuat sebarang pembetulan ke atas website tersebut.Tahap keselamatan yang kurang mungkin faktor utama terjadi masalah ini.Dahulu pernah kecoh jugak website kementerian kena hack.Ini website UITM pulak.
Kepada semua yang membaca atau melayari blog ni dan kenal admin website tersebut,sila maklumkan segera.Takut jadi benda lain pulak nanti
starline