5 Perkara Pertama Dalam Hidup Aku

13 Commented March 30 2008
Categorized Under: Santai

tag_anjungpc.JPGSalam sejahtera,

Post kali ini sebenarnya mengenai TAG yang dimulakan oleh Afzai Afandi.Rajin sungguh dia buat benda ni dan yang menariknya tersebar ke seluruh alam bloggers Malaysia :) Aku pulak kena TAG dari emet (aku tengok sekali emet ni macam Pierre Andre pun ada). Jangan marah emet :)

Baiklah, ni beberapa syarat mudah perlu dipatuhi :

1. Bukan cerita rekaan dan tiada kena mengena dengan hidup orang lain.

2. Perlu mengetag 5 lagi rakan blogger pilihan anda setelah anda di tag.Jadi kalau blog anda kena tag dengan aku,buat la benda yang sama:)

3. Tempoh tag bermula hari ini dan berakhir 27 April 2008.

Apa 5 pertama dalam hidup aku.Mai la baca:

1. Ingatan pertama aku bermula pada umur 5 tahun.Benda pertama aku ingat adalah pokok bunga kertas depan halaman rumah aku.Waktu tu aku pakai baju melayu warna biru sambil main-main dekat pokok bunga tu.

2. Pendidikan pertama aku dapat semasa umur 5 1/2 tahun.Masa tu belum masuk tadika lagi.Pendidikan Al-Quran.Tiap malam kena ikut kakak aku pergi mengaji Al-Quran kat umah Pak Ngah Paq.Jalan kaki lak tu.Yang paling tak tahan,tiap-tiap malam ngaji kena marah ngan kakak aku.Sebab tak boleh nak baca dan tak ingat.Nangis beb time tu :) Tapi aku bersyukur sebab dapat ibu bapa dan adik beradik yang ambik berat pasal mengenai agama ni.Aku bersyukur sangat.Terima kasih mak,ayah dan family semua.Luv u :)

3. Helmet pertama aku beli adalah helmet mat rempit selalu pakai,MS88.Tapi malangnya helmet tu dah 3 kali kena curi.Mula-mula kena curi kat masjid (masyaAllah) waktu bukak puasa,kedua kat Puduraya,pastu last sekali kat parking pasar malam.Apa la hidup aku ni.Tapi still beli lagi sebab selesa bila pakai.Ketegaq :)

4. Kawan pertama aku adalah sepupu aku,nama Piron.Sekarang ni ada kat Sg Besi tengah bekerja.Biasa la kawan dari kecik lagi.Bertumbuk,gaduh,suka dan duka sama-sama.Pergi mandi sungai sama-sama,tangkap ikan kat bendang (sawah) dengan berkelah kat umah aku.Teringat lak masa kecik-kecik :)

5. Duit pertama aku waktu kerja kilang papan kat Gurun.Betapa susahnya nak dapat duit dari peluh sendiri.Bila dah dapat tu bersyukur sangat dan rasa puas sebab boleh cari duit sendiri.Sekarang ni dah ada bisnes kecil-kecilan jual ebook pulak.

Itu je la perkara pertama yang kau ingat sampai hari ini.Memang dah jadi kenangan dalam hidup aku sampai akhir hayat.Apa pun hidup kena teruskan.Jadi untuk meneruskan TAG mengetag ni dipersilakan :

  • Soul - ini member kamcing aku kat universiti dan sekarang.Dia ni otai dalam JAVA.
  • Ikmal - banyak benda berguna tentang keagamaan aku dapat dari dia.
  • Muhd Firdaus - banyak jugak aku belajar ilmu blog kat sini
  • Info Malaya - selalu aku melawat blog ni
  • Kuriee - ni pun aku selalu jugak melawat

Pada sesiapa yang kena tag tu,harap menyahut seruan ini :)

Semangat perjuangan harmoni

Starline

Popularity: 8% [?]

13 Comments

  • At 2008.03.30 12:09, Safuan A.k.a Sipenglipurlara said:

    Wah banyak pertama yang mampu merealisasikan satu kejayaan.. Insyaallah

    • At 2008.03.30 12:36, starline said:

      Hi Saiful,

      Sebab benda pertama menentukan langkah seterusnya hidup kita

      • At 2008.03.30 18:50, Bat said:

        Alamak, kena tag, nanti aku jawab tau dalam personal blog aku…Hutang ni, nak kena bayar gak..hehe..

        • At 2008.03.31 03:12, emet said:

          Tang mane yang mcm Piere Andre ni? Tak pernah kawan aku ckp muka aku mcm mamat tu :)

          Mcm Yutaka Takeneuchi adalah kot :P

          Memang susah cari duit ni, gaji aku yang pertama masa aku kerja kat North Port dulu… :D

          • At 2008.03.31 04:44, starline said:

            Tapi aku nampak ko macam tu.hehe.Sori la.saje je gurau emet :)

            Nak cari duit susah tapi dah habiskan kejap jer :)

            • At 2008.03.31 12:45, titan said:

              wah. hasil usaha Afzai.Semua orang main tag sekarang..:D

              • At 2008.04.02 08:36, dauz said:

                Alamak…dua orang tag benda yang sama…so aku akan jawap jugak bro…tag-men’tag’ nie….

                Akan ku usahakan sedaya mungkin wat post tu..huhu

                • At 2008.04.02 09:43, starline said:

                  Ok.selamat ber’tag’.Sambil tag boleh jugak exchange link kan? :)

                  • [...] bertanggungjawab selalu menjenguk blog aku yang tidak seberapa ini..Orang itu adalah beduzbiz dan StarLine a.k.a Zaini yang aku kenal juga melalui dunia maya ini.Thank kat korang sebab tag [...]

                    • [...] kena tag dengan Starline. Nanti aku jawab ek, sebab tag tu macam menarik, kena pada tempat dan masanya, [...]

                      • At 2008.12.24 01:27, ija said:

                        laa npa x ltk awek pertama..tu pun sebahagian dr hdp jgk tu..asal yg pertama je kr ok la 2 kn..jgn mare

                        • At 2008.12.24 01:30, ija said:

                          sy nk knl ngn emet tu blh x?coz dia pnh kj kt northport kn?kj kt bhgian mn?kte tgh praktikal kt northport ni…ada something nk ty..blh kn?

                          • At 2008.12.24 04:00, starline said:

                            >> Ija

                            Awek pertama kena rahsia sebab hanya saya saja yang tau. huhu…jangan marah..

                            kalau nak berkenalan dengan Emet klik saja link pada nama dia. http://www.panjangakal.com/blog

                            (Required)
                            (Required, will not be published)