Kuasa Internet : Pantas & Terkini

5 Commented March 10 2008
Categorized Under: Terkini

Jika anda pertama kali mengunjungi blog Anjung PC anda digalakkan  subscribe di sini untuk mendapatkan artikel komputer menarik.Klik di sini untuk subscribe

Salam sejahtera,

Pilihanraya ke-12 sudah melabuhkan tirainya.Seperti mana yang diketahui umum pihak Barisan Altenatif (DAP,PAS dan keADILan) berjaya menawan 5 buah negeri Malaysia.Satu pencapaian yang memberangsangkan sejak pilihanraya pada tahun 1969 di mana DAP berjaya menawan Pulau Pinang.Walaubagaimanapun,Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan walaupun tidak mencapai 2/3 dalam Dewan Rakyat.

anjungpc_pilihanraya.jpg

sumber : Harian Metro

Pihak media bersengkang mata sehingga ke pagi untuk memberikan keputusan rasmi mengenai keputusan pilihanraya kali ini.Begitu juga medium Internet.Sebagaimana yang kita tahu Internet merupakan satu sumber terpantas utnuk mengakses bagi mengetahui sebarang maklumat termasuk keputusan pilihan raya kali ini.Sehinggakan calon BEBAS di Kuala Terengganu,Maimun Yusuf juga menggunakan platform Internet untuk berkempen.

Begitu besar pengaruh internet di Malaysia.Semua pihak berlumba-lumba untuk meggunakan internet untuk menawan hati pengundi.Sebab utama adalah pantas dan terkini,cepat dan tepat.hehehe.macam slogan la pulak :)

Jika anda melayari laman web seperti Harian Metro,Berita Harian,Utusan Malaysia,Kosmo dan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia semuanya memaparkan keputusan terkini di setiap kerusi yang bertanding.Anda cuma perlu taipkan urlnya dan keputusan tersebut akan dapat dilihat.

Jadi sekarang kita tunggu,janji semua parti politik yang bertanding.Adakah untuk rakyat atau hanya janji kosong sahaja.Sama-sama kita nantikan.

Salam muhibbah :)

Artikel komputer menarik:

Dapatkan eBook Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer,kini dalam bentuk CD yang anda boleh simpan sebagai koleksi.Dapatkan sekarang di sini

Popularity: 2% [?]

Bacaan tambahan

  • No Related Posts

5 Comments

  • At 2008.03.11 08:58, beduz said:

    lepas ni kerajaan mesti akan memantau sepenuhnya kegiatan politik dalam internet ni. silap2 blog yang berbicara mengenai politik akan di’band’kan terus. siapa tahu?

    • At 2008.03.11 10:30, starline said:

      A’aa.Ye ke?lepas ni kena lebih ati2 la

      • At 2008.03.16 11:05, titan said:

        Hehe. diorang akan wat lebih banyak blog dan website. Tak caya, kita tunggu ajela..

        • At 2008.03.16 13:35, starline said:

          sekarang pun dah banyak website pasal politik ni.Kutuk sana sini.Bagi diorang,semua orang salah,tak tahu sapa benar

          • At 2008.03.24 12:39, dauz said:

            hoho…biasalah tu…dunia oh dunia :) ….Kalau ‘banned’ lagi ok kalau ada blogger yang kena saman tak tentu pasal kan nanya tu…hihi
            mudah-mudahan lerrr takda yea :)

            (Required)
            (Required, will not be published)