Jika anda pertama kali mengunjungi blog Anjung PC anda digalakkan subscribe di sini untuk mendapatkan artikel komputer menarik.Klik di sini untuk subscribe
Salam sejahtera,
Apa khabar pembaca sekalian,moga sihat-sihat semuanya.Alhamdulillah berpeluang lagi saya nak menulis dalam blog Anjung PC ni.Dah banyak hari bercuti tak menulis.
Ceritanya begini…
Semalam saya ingin membeli surat khabar Harian Metro di kedai bersama kawan saya,tapi ditegur.Dia cakap
“Buat pe ko beli,kan kat umah boleh baca online..bazir je la”

Terkedu jugak dengan ayat tu.Betul la cakap dia,semua surat khabar boleh didapati dan dibaca secara online.Tidak perlu ke kedai dan habiskan duit beli surat khabar.Lebih mudah dan pantas.
Sebenarnya baca secara online pun memerlukan duit sebab kita bayar perkhidmatan internet dirumah.Ada orang yang guna Streamyx,Broadband dan dial-up.Semuanya dapat mengakses internet.Cuma pantas atau tidak bergantung kepada kelajuan perkhidmatan yang digunakan.
Kesimpulannya di sini,sebenarnya perkhidmatan internet (online access) telah membuka minda masyarakat kita khususnya di Malaysia betapa mudahnya untuk mendapatkan maklumat terkini.Jika tidak sempat ke kedai,sumber internet boleh dijadikan panduan.Malah lebih banyak berbanding sumber fizikal di luar.
Walaubagaimanapun,dalam setiap perkara pastinya ada pro dan kontranya.Kita ambil contoh surat khabar,pronya dalam keadaan hujan,tidak dapat ke kedai nak beli surat khabar,jadi boleh guna internet untuk membaca.Kontranya pula waktu elektrik terputus,internet pun tak boleh akses,kena jugak ke kedai
Bak kata Adibah Nor “Nak Jimat?…Memang bolehhhh…”
Artikel komputer menarik:
- Kempen Kutuk Keji
- Kempen Celik Komputer
- Kenapa Saya Suka Komputer Saya
- Perlukah Pengetahuan Komputer
- Beribadah Melalui Komputer
- Kuatnya Pengaruh Permainan Komputer
Dapatkan eBook Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer,kini dalam bentuk CD yang anda boleh simpan sebagai koleksi.Dapatkan sekarang di sini
Popularity: 2% [?]







hehe… aku lagi suke beli surat khabar.
Sebab boleh baca sambil baring2 lagi, lagi pon kalau baca online xde gambar xsyok la…
A’aa.Masing-masing ada cara masing-masing camna nak baca kan.Terpulang kan.gaya bebas
Rasanya.. Baca Bahan Cetak Lebih Efisyen Dan Sangat Berguna Daripada Elektronik Keran Mudah Difahami dan Lebih Kecekapan dan Masuk Ke Otak,, Terpulang Kepada Orang Tu La..
hehe. aku prefer baca surat khabar. leh wat macam2. bungkus nasi lemak pun boleh apa..
baca online boleh. Cuma feel tu kureng sket..
Masing-masing ada keselesaan sendiri nak baca kan?kalau dah boleh bungkus nasi lemak memang tak rugi beli
haha..memang tak rugi. Leh jual lagi paper tu..surat khabar nih. 1001 kegunaannya. Macam pokok kelapa gak. Hehe..
Baca di online tak sama ngan feel baca manual..
Kadang2 ada gak berita dalam suratkhabar yang tak disiar di online terutamanya berita picisan..
memang betul tu,kalau online ni bagus buat mereka yang sibuk dan memang 24 jam ngadap komputer jer
alamak. da terbiase bace surat khabar la. klw bace kt internet mcm x puas. gaya masing2. chill..
aku ade ramai anak2 buah yang masih sekolah rendah..
so asik kena buat buku skrap..
dengan beli serat khabar ni dapat la diorang main gunting2 dan tampal2 dekat buku skrap memasing..
nak bagi gune intenet mostly budak2 ni tak tau gune lagi..
nak buat macam mane
parents diorang pun tak berapa celik IT