Mar 30 2008
5 Perkara Pertama Dalam Hidup Aku
Post kali ini sebenarnya mengenai TAG yang dimulakan oleh Afzai Afandi.Rajin sungguh dia buat benda ni dan yang menariknya tersebar ke seluruh alam bloggers Malaysia
Aku pulak kena TAG dari emet (aku tengok sekali emet ni macam Pierre Andre pun ada). Jangan marah emet
Baiklah, ni beberapa syarat mudah perlu dipatuhi :
1. Bukan cerita rekaan dan tiada kena mengena dengan hidup orang lain.
2. Perlu mengetag 5 lagi rakan blogger pilihan anda setelah anda di tag.Jadi kalau blog anda kena tag dengan aku,buat la benda yang sama:)
3. Tempoh tag bermula hari ini dan berakhir 27 April 2008.
Apa 5 pertama dalam hidup aku.Mai la baca:
1. Ingatan pertama aku bermula pada umur 5 tahun.Benda pertama aku ingat adalah pokok bunga kertas depan halaman rumah aku.Waktu tu aku pakai baju melayu warna biru sambil main-main dekat pokok bunga tu.
2. Pendidikan pertama aku dapat semasa umur 5 1/2 tahun.Masa tu belum masuk tadika lagi.Pendidikan Al-Quran.Tiap malam kena ikut kakak aku pergi mengaji Al-Quran kat umah Pak Ngah Paq.Jalan kaki lak tu.Yang paling tak tahan,tiap-tiap malam ngaji kena marah ngan kakak aku.Sebab tak boleh nak baca dan tak ingat.Nangis beb time tu
Tapi aku bersyukur sebab dapat ibu bapa dan adik beradik yang ambik berat pasal mengenai agama ni.Aku bersyukur sangat.Terima kasih mak,ayah dan family semua.Luv u
3. Helmet pertama aku beli adalah helmet mat rempit selalu pakai,MS88.Tapi malangnya helmet tu dah 3 kali kena curi.Mula-mula kena curi kat masjid (masyaAllah) waktu bukak puasa,kedua kat Puduraya,pastu last sekali kat parking pasar malam.Apa la hidup aku ni.Tapi still beli lagi sebab selesa bila pakai.Ketegaq
4. Kawan pertama aku adalah sepupu aku,nama Piron.Sekarang ni ada kat Sg Besi tengah bekerja.Biasa la kawan dari kecik lagi.Bertumbuk,gaduh,suka dan duka sama-sama.Pergi mandi sungai sama-sama,tangkap ikan kat bendang (sawah) dengan berkelah kat umah aku.Teringat lak masa kecik-kecik
5. Duit pertama aku waktu kerja kilang papan kat Gurun.Betapa susahnya nak dapat duit dari peluh sendiri.Bila dah dapat tu bersyukur sangat dan rasa puas sebab boleh cari duit sendiri.Sekarang ni dah ada bisnes kecil-kecilan jual ebook pulak.
Itu je la perkara pertama yang kau ingat sampai hari ini.Memang dah jadi kenangan dalam hidup aku sampai akhir hayat.Apa pun hidup kena teruskan.Jadi untuk meneruskan TAG mengetag ni dipersilakan :
- Soul - ini member kamcing aku kat universiti dan sekarang.Dia ni otai dalam JAVA.
- Ikmal - banyak benda berguna tentang keagamaan aku dapat dari dia.
- Muhd Firdaus - banyak jugak aku belajar ilmu blog kat sini
- Info Malaya - selalu aku melawat blog ni
- Kuriee - ni pun aku selalu jugak melawat
Pada sesiapa yang kena tag tu,harap menyahut seruan ini
Semangat perjuangan harmoni
Starline










