Jika anda pertama kali mengunjungi blog Anjung PC anda digalakkan subscribe di sini untuk mendapatkan artikel komputer menarik.Klik di sini untuk subscribe
Salam sejahtera,
Pada kali ini saya tidak ingin berkongsi cerita mengenai komputer yang selalu saya tulis.Nak berehat sekejap,penat sebab baru balik dari Melaka jumpa ’seseorang’
Kali ini saya nak berkongsi cerita mengenai pilihanraya ke-12 akan datang.Kalau diikut dari tarikh post ini ditulis cuma tinggal 2 minggu saja lagi.
Kni semua parti sibuk berkempen dengan manifesto masing-masing.Pihak pemerintah (kerajaan) menggunakan semua medium yang ada untuk terus berkempen,begitu juga dengan pemnbangkang.Surat khabar tempatan,internet dan radio mula bercerita tentang bahang pilihanraya.Saya tidak memihak kepada mana-mana pihak asalkan keaman,kemajuan dan keselesaan dapat dikecapi.Bukan saja saya,malah semua rakyat Malaysia sependapat dengan saya.
Tapi yang mengecewakan saya,setiap kali pihanraya,parti yang berkempen akan memburuk-burukkan pihak lawan.Memaki-hamun,memfitnah sesama sendiri malah sesama agama.Tujuan utama untuk meraih undi rakyat.Betul ke cara tu?Mengenepikan nilai moral untuk kepentingan sendiri ataupun senang cerita kerana ego.Dia sahaja yang betul,orang lain salah.
Saya malu dengan pemimpin sebegini.Bukan golongan minoriti tapi majoriti pemimpin sebegini.Layakkah dipanggil pemimpin kalau begini sikapnya?Orang yang nak pimpin kita tapi berperangai kurang elok.Memang tak boleh dijadikan ikutan.Saya cakap untuk semua parti.
Satu lagi,manifesto atupun janji sebelum pihanraya.
“Jika menang nak buat….”
“kami akan bagi….”
macam-mcam lagi.Dengan izin Allah S.W.T pihak tersebut menang tapi janji tinggal janji.Indah khabar dari rupa.Jadilah satu pembohongan yang terpaksa ditelan oleh semua rakyat.Akhirnya,rakyat gigit jari,pemimpin hilangkan diri dan janji tinggal janji.
Pilihlah pemimpin yang adil untuk agama,bangsa dan negara Malaysia.Selamat mengundi.
“…angan Mat Jenin panjat pokok kelapa…”
Mohd Zaini Ismail
Artikel komputer menarik:
- Belajar Menggunakan Command Prompt
- 1o Anti Virus Terbaik Dunia
- Adakah Komputer Anda Cukup Selamat?
- Panduan Membeli Secara Online
- Download & Upload Secara Percuma
Dapatkan eBook Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer,kini dalam bentuk CD yang anda boleh simpan sebagai koleksi.Dapatkan sekarang di sini
Popularity: 3% [?]







jangan pilih pemimpin hanya sbb dia bagi macam2 masa kempen..,
selalu dkt time pilihanraya baru la nak repair jalan, upgrade kemudahan awam.., turun jumpa rakyat…, dah abih pilihanraya, semua mende2 tu dah takde.., yg ada cuma YB tukar kereta baru, beli rumah baru.., dpt kontrak utk sendiri dan kroni juta2..,
p/s: kalau pilihanraya setiap tahun ok gak, confirm byk faedah yg rakyat dapat… hehehe…,
Betul tu,saya sokong.Itulah yang terjadi tiap kali pilihanraya.Ada saja janji manis.Last2 calon jugak dapat kemewahan.Kita tak dapat apa pun
Betullah, mcm mane mereka nak jadi pemimpin? Yang dah Haji ke, berserban ke, sama sahaja.
Nampak mcm tak bertamadun plak, dah lah se Agama buat malulah.
Starline saya tak setuju dengan pendapat kamu tu
[... Last2 calon jugak dapat kemewahan.Kita tak dapat apa pun...]
Macam2 kita dah dapat sejak Merdeka ni, sekolah selesa (murah), perubatan percuma, harga barang murah, subsidi itu-ini, aman makmur (ada demonstrasi Polis cepat selesaikan).
Sebenarnya rakyat Malaysia ni dah selesa sangat, sebab tu ada saja yang nak cari pasal perumpamaannya, “Seperti Anak2 yang inginkan aiskrim, tapi ibu dan bapanya tak nak belikan sebab boleh rosakkan gigi”.
Terima kasih Emet atas pendapat saudara,
Saya suka bila ada orang komen membina,at least kita tahu bezakan dan bijak memilih.Saya cerita ini tidak merujuk kepada mana-mana pihak sebab saya tak minat politik.Dan juga bukan keseluruhan calon.Ada juga yang baik dan penuhi janji.
Dalam artikel ini saya lebih tekankan pada kempen mengutuk keji dan hargai semua pandangan dan komen
Saya hargai komen bernas anda itu.Tq Emet
[...] Kempen Kutuk Keji [...]
[...] dan pengundi. Pihak pembangkang menggunakan medium blog untuk menyampaikan berita terkini dan isu-isu hangat dan terbukti amat [...]