Salam sejahtera,
Saya baru sahaja settle masalah komputer saya,komputer saya berbunyi bila on.Bunyi trittttt (camtu la lebih kurang),nak bagi dengar pun tak ada suara
Lepas buat apa yang patut keadaan kembali pulih seperti sediakala.Saya juga pernah dapat pertanyaan mengenai komputer berbunyi bila dihidupkan.Masalah begini memang selalu terjadi pada komputer.
Kenapa ia berbunyi?
Saya sebenarnya tidaklah sesempurna ataupun otai sangat dalam penyelanggaraan komputer.Boleh la sikit-sikit.Ada la CCNA tu.Tapi mengikut pengalaman saya dalam komputer ini sebab utama terjadinya masalah ini adalah berpunca dari perkakasan/hardware yang tidak dipasang dengan betul atau tidak rapat.
Caranya mudah sahaja untuk menyelesaikannya.Anda perlu ketatkan kembali komponen yang tidak rapat tersebut sebaik mungkin.Jika komputer dihidupkan sistem tidak dapat menyempurnakan tugasan untuk memulakan sistem komputer kerana masalah ini.Selalunya hardware yang sering menjadi masalah adalah RAM dan jugak Floppy Disk yang berkemungkinan rosak.
Selamat membaca
Mohd Zaini
Dapatkan artikel komputer terus ke e-mail anda dengan subscribe di sini
Artikel komputer menarik:
- IPv6 Penyambung warisan IPv4
- Menjaga Hard Disk Dengan Disk Cleanup
- Google Mencari Malaysia
- Mengenal Kabel Rangkaian Komputer : Bahagian 1
- Selamatkan Fail Dalam Server
Dapatkan produk Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer,kini dalam bentuk CD yang anda boleh simpan sebagai koleksi.Dapatkan sekarang di sini
Popularity: 4% [?]







kebiasaannya komputer kat kolej yang selalu bunyi cam tu. cam nak berkecai pun ada.
a’aa.selalunya komputer yang jarang di servis memang akan jadi masalah ini.
kadang bukan saja masalah RAM ader gak masalah lain..