Archive for February, 2008

Feb 29 2008

Risiko Berkahwin Dengan Programmer

Published by starline under Santai

Jika anda pertama kali mengunjungi blog Anjung PC anda digalakkan subscribe di sini untuk mendapatkan artikel komputer menarik.Klik di sini untuk subscribe

Salam sejahtera,

Sebenarnya,tidak salah pun anda berkahwin dengan sesiapa walaupun dengan seorang programmer.Ini cuma satu lawak jenaka yang saya dapat melalui email.Cerita tentang perkahwinan seorang perempuan dengan seorang programmer.

Kalau ada sesiapa yang belum baca dipersilakan,tapi bagi yang dah baca,terpulang la nak baca lagi ke tidak.

Jom layan :)

Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang “programmer”, anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari.

Ini adalah contoh daripada seorang hamba Allah yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang programmer setiap hari………………

Suami: (Setelah balik lewat dari pejabat) “Selamat malam sayang, sekarang saya logged in.”
Isteri: Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?

Suami: Bad command or filename.

Isteri: Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!
Suami: Errorneous syntax. Abort?

Isteri: Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa….. Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?
Suami: Variable not found…

Isteri: Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.
Suami: Sharing Violation. Access denied…

Isteri: Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.
Suami: Too many parameters…

Isteri: Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.
Suami: Data type mismatch.

Isteri: Abang nih memang betul-betul tak berguna la.
Suami: It’s by Default.

Isteri: Macamana pula dengan gaji abang?
Suami: File in use … Try later.

Isteri: Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai isteri?
Suami: Unknown Virus.

“Selamat beristirehat di hujung minggu”

Mohd Zaini

Artikel komputer menarik:

Dapatkan eBook Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer,kini dalam bentuk CD yang anda boleh simpan sebagai koleksi.Dapatkan sekarang di sini

One response so far

Feb 26 2008

Takutnya Nak Derma Darah

Published by starline under Santai

Jika anda pertama kali mengunjungi blog Anjung PC anda digalakkan subscribe di sini untuk mendapatkan artikel komputer menarik.Klik di sini untuk subscribe

Salam sejahtera,

Hari ini memang antara hari paling gementar dan takut buat saya.Hari ini pertama saya menderma darah.Perancangan nak derma darah ni bermula 2 hari lepas lagi,bila kawan saya,Soul ajak derma darah.Jadi,hari ini selepas kelas Distributed System pagi tadi kami pun ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) jalankan tanggungjawab pada negara.huhu :)

anjungpc_darah.jpgPertama kali nak derma darah,memang gementar.Tak tahu la anda semua,tapi bagi saya takut jugak.Anak jantan pun kadang-kadang takut jugak,tak semua berani macam saya :) Tapi bila difikirkan balik buat apa nak takut,orang lain boleh takkan kita tak boleh?Tul tak?Bila dah selesai derma darah tu semuanya baik sahaja.Dah tak takut.Terima kasih pada jururawat yang baik hati :)

Syarat umum nak dema darah adalah :

  1. Sihat tubuh badan
  2. berat 45 Kg ke atas
  3. makan sebelum menderma dan banyak lagi la dan anda boleh baca di sini.

Sebenarnya artikel kali ini saya nak cerita mengenai tanggungjawab kita sesama rakyat Malaysia.Jangan tanya apa sumbangan negara pada anda tapi tanya apa sumbangan anda pada negara.Salah satu cara kita boleh membantu sesama kita adalah dengan menderma darah.Satu cara yang mudah dan kita dapat kebaikan lagi dari sumbangan kita tu oleh pihak hospital.

Apa yang kita dapat dari menderma darah:

  1. Badan bertambah sihat.
  2. Rawatan percuma di hospital mengikut kekerapan kita menderma
  3. Kepuasan sebab kita dah membantu orang yang memerlukan

Jadi,jangan takut nak menderma sebab darah anda amat diperlukan oleh semua rakyat Malaysia.Bantu mereka dengan menderma darah.Lepas 3 bulan cadang nak derma lagi la :)

Anda pernah tak derma darah?

Mohd Zaini

Artikel komputer menarik:

Dapatkan produk Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer,kini dalam bentuk CD yang anda boleh simpan sebagai koleksi.Dapatkan sekarang di sini

6 responses so far

Feb 25 2008

Kongsi Tips Bersama Pengguna Internet

Published by starline under Website Pilihan

Jika anda pertama kali mengunjungi blog Anjung PC anda digalakkan  subscribe di sini untuk mendapatkan artikel komputer menarik.Klik di sini untuk subscribe

Salam sejahtera,

Website pilihan kali ini mengenai satu website yang membolehkan pengguna internet mendapatkan tips secara percuma.Di samping itu anda juga berpeluang untuk menghantar tips juga secara percuma.

logo.gif

Anda perlu mengisi ruangan di mana anda perlu memasukkan alamat URL/website/blog anda.Secara tidak langsung akan meningkatkan lagi backlink anda dan pembaca akan mengetahui di mana sumber sebenar dan juga latar belakang penulis.

Website tersebut adalah ThisTips.com.Tidak terhad kepada tips tertentu sahaja tetapi merangkumi sebahagian besar tips dalam kehidupan kita.Contohnya tips mengenai website,komputer,eBook,pendidikan,keluarga,kesihatan,kehidupan,motivasi dan perniagaan.

Selamat maju jaya

“..sedang aku berkelana…”

Mohd Zaini Ismail

Artikel komputer menarik:

Dapatkan produk Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer,kini dalam bentuk CD yang anda boleh simpan sebagai koleksi.Dapatkan sekarang di sini

3 responses so far

Feb 23 2008

Kempen Kutuk Keji

Published by starline under Terkini

Jika anda pertama kali mengunjungi blog Anjung PC anda digalakkan  subscribe di sini untuk mendapatkan artikel komputer menarik.Klik di sini untuk subscribe

Salam sejahtera,

Pada kali ini saya tidak ingin berkongsi cerita mengenai komputer yang selalu saya tulis.Nak berehat sekejap,penat sebab baru balik dari Melaka jumpa ’seseorang’ :) Kali ini saya nak berkongsi cerita mengenai pilihanraya ke-12 akan datang.Kalau diikut dari tarikh post ini ditulis cuma tinggal 2 minggu saja lagi.

Kni semua parti sibuk berkempen dengan manifesto masing-masing.Pihak pemerintah (kerajaan) menggunakan semua medium yang ada untuk terus berkempen,begitu juga dengan pemnbangkang.Surat khabar tempatan,internet dan radio mula bercerita tentang bahang pilihanraya.Saya tidak memihak kepada mana-mana pihak asalkan keaman,kemajuan dan keselesaan dapat dikecapi.Bukan saja saya,malah semua rakyat Malaysia sependapat dengan saya.

Tapi yang mengecewakan saya,setiap kali pihanraya,parti yang berkempen akan memburuk-burukkan pihak lawan.Memaki-hamun,memfitnah sesama sendiri malah sesama agama.Tujuan utama untuk meraih undi rakyat.Betul ke cara tu?Mengenepikan nilai moral untuk kepentingan sendiri ataupun senang cerita kerana ego.Dia sahaja yang betul,orang lain salah.

Saya malu dengan pemimpin sebegini.Bukan golongan minoriti tapi majoriti pemimpin sebegini.Layakkah dipanggil pemimpin kalau begini sikapnya?Orang yang nak pimpin kita tapi berperangai kurang elok.Memang tak boleh dijadikan ikutan.Saya cakap untuk semua parti.

Satu lagi,manifesto atupun janji sebelum pihanraya.

“Jika menang nak buat….”

“kami akan bagi….”

macam-mcam lagi.Dengan izin Allah S.W.T pihak tersebut menang tapi janji tinggal janji.Indah khabar dari rupa.Jadilah satu pembohongan yang terpaksa ditelan oleh semua rakyat.Akhirnya,rakyat gigit jari,pemimpin hilangkan diri dan janji tinggal janji.

Pilihlah pemimpin yang adil untuk agama,bangsa dan negara Malaysia.Selamat mengundi.

“…angan Mat Jenin panjat pokok kelapa…”

Mohd Zaini Ismail

Artikel komputer menarik:

Dapatkan eBook Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer,kini dalam bentuk CD yang anda boleh simpan sebagai koleksi.Dapatkan sekarang di sini

6 responses so far

Feb 21 2008

Kempen Celik Komputer

Published by starline under Rencana

Jika anda pertama kali mengunjungi blog Anjung PC anda digalakkan subscribe di sini untuk mendapatkan artikel komputer menarik.Klik di sini untuk subscribe

Salam sejahtera pembaca budiman,

Tajuk di atas bunyi macam kempen oleh kerajaan mengenai kempen celik IT.Ia cuma satu tajuk dan kita semua sedia maklum maksud kempen celik komputer ini.Satu-satu kempen dijalankan cuma untuk satu matlamat iaitu mencapai objektif.Objektif atau tujuan utama kempen celik komputer untuk menyampaikan ilmu dan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat mengenai komputer dan dunia internet.

Blog Anjung PC ini contohnya,berkongsi ilmu mengenai komputer kepada semua pembaca.Komunikasi dua hala.Konsepnya mudah sahaja,iaitu perbincangan mengenai sesuatu topik.Apa yang kurang kita sama-sama tambah.Saya yakin dan percaya ramai pengguna internet kini mahir komputer dan internet.Jadi apa salahnya ilmu yang ada kita kongsi bersama.

Penting sangat ke ilmu komputer ini?

Jawapannya semua orang tahu.Teramat la penting terutamanya bagi pelajar dan golongan yang bekerja.Kini,syukur alhamdulillah,setiap sekolah rendah dan menengah sudah mempunyai makmal komputer sendiri dan kemudahan pembelajaran komputer tidak lagi terhad dan terbatas.Kalau dulu pelajar kena keluar (bagi pedalaman) ke pusat internet yang jauh untuk mendapatkan kemudahan komputer tapi kini tidak lagi.Segala-galanya telah disediakan.

Sekurang-kurangnya ilmu asas mengenai komputer seperti cara memasang komponen,menggunakan aplikasi komputer ,email dan internet sudah boleh dipelajari dan diamalkan.Tidak la terkebil-kebil bila dalam kesusahan :)

Kemudahan sudah ada,kini sikap sahaja menjadi penghalang.Jika hendak berjaya kena usaha dan belajar.Hendak seribu daya,tak hendak tak payah la belajar.Jangan menyesal dikemudian hari akibat tindakan kita di masa sekarang.

“Hentian Ini”

Mohd Zaini

Artikel komputer menarik:

No responses yet

Next »