Salam sejahtera,
Pada post yang lepas mengenai Mengenal Kabel Rangkaian Komputer : Bhg 2 saya ada ceritakan mengenai kabel jenis Shielded Twisted Pair (STP).Kali ini saya akan ceritakan pula mengenai kabel jenis Unshielded Twisted Pair (UTP).Kabel yang selalu digunakan dalam rangkaian komputer dan Ethernet.
UTP merupakan kabel rangkaian komputer yang tidak disaluti dengan sebarang pelindung.Digunakan dalan Local Area Network (LAN) dan sambungan telefon.Lebih murah dan senang digunakan.Sambungan yang sesuai adalah RJ-45.
Antara kegunaan kabel jenis UTP adalah:
- Kategori 1 – Untuk komunikasi telefon.Tidak sesuai untuk penghantaran data
- Kategori 2 – Kemampuan penghantaran data sehingga 4 Mbps
- Kategori 3 – Digunakan dalam rangkaian 10BASE-T.Kemampuan penghantaran data sehingga 10 Mbps.
- Kategori 4 – Digunakan dalam rangkaian Token Ring.Kemampuan penghantaran data sehingga 16 Mbps.

jenis wayar mengikut warna dalam kabel UTP
- Kategori 5 – Kemampuan penghantaran data sehingga 100 Mbps.
- Kategori 5e – Kemampuan penghantaran data sehingga 1000 Mbps. (1Gbps)
- Kategori 6 – 4 pasang dari 24 American Wire Gauge (AWG) wayar kuprum.Paling laju dalam penghantaran data UTP [sumber : www.ciscopress.com]
Nota : Jika anda ingin mengetahui kabel jenis UTP,sila lihat kabel sambungan internet di belakang komputer anda.Itulah rupanya kabel UTP.Kalau guna broadband jangan tengok la,memang tak ada pun
.
Selamat membaca.
Popularity: 13% [?]







Seriusnya, aku banyak dah lupa bab-bab kable komputer nih. Harap2 la takde pape pasal komputer aku. Memang kene tau serba serbi sikit. Takut tak tahu apa-apa, kene plak hantar kedai..
Hehe. Baru je format PC. Laju dah sikit PC nih..
Saya sebenarnya nak kongsi maklumat,sebenarnya perkara yang kecil-kecil macam ni la kita tidak tahu.Kabel ini merupakan antara benda terpenting dalam rangkaian internet.
Dalam komputer ini sebenarnya banyak kita boleh belajar sendiri,tambahan pulak ada internet.Kena rajin explore dan try and error.Yang penting kena belajar.
nak tanya tentang controlled access..please hep me what the meaning?
Thank you
Terima kasih pada gg yang bertanya.
Mengikut pembacaan saya dan pemahaman saya, access control adalah untuk menentukan atau mengawal traffik yang melalui sesuatu network. Kebiasaannya ia di konfogurasi di router.
Tujuan utama adalah untuk membenar dan menghalang sebarang access dari luar network memasuki network kita. Ia ibarat sebuah firewall.
Harap sesiapa ada maklumat tambahan boleh kemukakan.
Terima kasih
apa jenis-jenis bagi setiap kabel
saya mau data abauth cable conponent
saya nak tahu apa warna cabel untuk disambungkan ke setiap hub/modem?
Salam sejahtera,
Jenis kabel yang dicucuk daripada komputer ke hub/switch adalah straight-through cable. Jenis warna saudara boleh rujuk di http://www.cablesplususa.com/rj45-utp-guide.htm
Salam perpaduan bro,
saya ada masalah…
saya ada buat LAN.. dan jarak PC paling jauh ialah lbih kurang 20 meter. Masalahanya PC yang paling jauh tue mengalami signal lost.. setahu saya LAN boleh mencapai maksimum 100 meter. Saya gunakan Cat5e dan menggunakan kaedah straight thru dan dah chek guna cable tester. OK. Switch 16port CNET.. Agak-agak apa masalahya? Masalah cabling? Masalah switch?
TQ di atas bantuan..
Salam perpaduan, maaf lambat reply.
20meter bagi saya masih lagi ok untuk connection. Mungkin adalah masalah lain seperti masalah port tu sendiri. Cuba guna kabel LAN lain dan tengok keadaan macam mana pula.
Masalah kabel itu sendiri pun mungkin boleh berlaku.
Sekadar pandangan
adake cara dan bagaimana nak dapatkan menonton astro melalui lan internet………. bagaimana cara ,adakah melalui pmohonan dan ada ke orang g membuat installaion for this way………….
ada sape2 boleh bantu
Saya belum pernah dengar pemasangan astro daripada LAN kabel internet. Mungkin boleh rujuk pada pihak Astro. Jika ada memang menarik
bagus semua ilmu ni….nak tanya apa beza straight kabel n cross kabel dari segi kegunaan?????
Straight untuk sambungan dari hardware yang berbeza seperti sambungan dari komputer ke switch atau modem.
Cross untuk sambungan ke hardware yang sama seperti komputer ke komputer yang lain