Salam sejahtera pembaca budiman,
Semalam saya tak sempat nak post apa-apa bahan sebab pulang ke kampung halaman.Ada kes kecemasan dan terpaksa pulang dengan segera.Jadi saya tak sempat nak buat apa-apa sebab kelam-kabut nak balik kampung.
Pada 12 Januari 2008/3 Muharram 1429 jam 7.45 malam hari paling sedih buat saya sekeluarga.Saya telah kehilanagn seorang insan tersayang iaitu nenek saya (orang Kedah panggil tuk).Orang yang selalu saya manja-manja kini sudah tiada.Malam tu jugak saya bersama adik dan kakak bergegas pulang ke kampung di Kedah nak menatap wajah arwah buat kali terakhir.
Kali terkahir saya jumpa arwah semasa cuti Hari Raya Korban yang lepas.Waktu tu makanan terakhir saya sempat suapkan ke mulut arwah adalah kek pisang.Dari kecil sampai besar panjang arwah la tempat saya manja,mengadu masalah peribadi selepas ibu bapa saya sebab arwah tinggal bersama kami sekeluarga.
Waktu sedih atau gembira arwah la tempat saya akan bagitau dulu.Saya terkejut dan nangis tak yah cakap la.Anak jantan pun ada perasaan jugak.Sama saja siapa pun kita.
Allah lebih sayangkan dia.Dan sebagai cucu saya kena teruskan berdoa atas kesejahteraan rohnya.Hidup mesti diteruskan.Buat semua pembaca blog Anjung PC sama-samalah kita hadiahkan Al-Fatihah buat beliau.Amin
Popularity: 1% [?]




Takziah saya ucapkan… apa-apapun sabar jer laa…
Terima kasih byk2.Hidup kena teruskan.
takziah dan alfatihah..:(