Jan
31
2008
Salam sejahtera,
Esok,1 Februari 2008 adalah Hari Wilayah bagi semua wilayah seluruh Malaysia (Kuala Lumpur,Putrajaya,Labuan).Oleh sebab itu,saya yang duduk di Kuala Lumpur ni pun terasa la cutinya.Seronok jugak dapat cuti.Kalau tidak memang kena ke kelas la Jumaat ni.Inilah peluangnya kaum Cina pulang ke kampung halaman lebih awal untuk menyambut Chinese New Year sebab cuti awal.Saya pun nak balik kampung jugak 
Sebenarnya bagus cuti hari Jumaat ni sebab memberi peluang kepada kita terutamanya umat Islam mengerjakan sembahyang Jumaat.Tidak perlu lagi nak sembahyang Jumaat dengan seluar dan baju kerja yang tidak tahu kebersihannya.Kalau cuti boleh bersiap-sedia lebih awal ke masjid.Kan sunat tu pergi awal?Kan bagus hari Jumaat satu Malaysia cuti.Salah siapa tak bagi cuti?No komen.
Selamat Hari Wilayah.Korang cuti tak?
Jan
30
2008
Salam sejahtera,
Semester 1 2007/2008 lepas saya telah mengambil satu subjek iaitu Network Design.Dalam Network Design ini kami belajar mengenai IPv6.Memang menarik dan serabut habis
,maklum la pertama kali tengok IPv6 ni.Panjang sangat dan sudah nak menghafal tidak seperti IPv4 yang selalu kita guna.
Internet Protocol atau disebut IP merupakan alamat utama bagi sesebuah komputer.Selain IP lokasi sesebuah komputer juga boleh ditentukan menggunkan MAC Address yang terdapat pada Network Card komputer.Tapi pada post kali ini saya akan ceritakan mengenai IP Version 6 (IPvV6).
IPv6 adalah kesinabungan dari IPv4.IPv4 adalah ip 32 bit (4 byte) yang kebiasaannya digunakan sebagai alamat komputer.Contoh IPV4 adalah 192.168.111.100.IPV4 adalah lebih pendek berbanding IPV6 di mana IPv6 sepanjang 128 bit.IPV6 direka oleh Internet Engineering Task Force (IETF),sebuah badan komuniti pereka rangkaian komputer dunia.
Contoh IPv6 adalah 128.91.45.157.220.40.0.0.0.0.252.87.212.200.31.255.panjang bukan?
Secara amnya,IPv6 mempunyai lebih bilangan IP berbanding IPv4.Ini kerana IPv6 menyediakan 2128 (kira 3.4×1038) bilangan alamat IP, atau 5×1028 alamat untuk setiap 6.5 billion penduduk dunia!
Berikut merupakan perbandingan antara IPv4 dan IPv6,anda boleh lihat di www.networkdirectory.com
Selamat membaca dan belajar.
Dapatkan artikel komputer terus ke e-mail anda dengan subscribe di sini
Artikel komputer menarik:
Jan
29
2008
Salam sejahtera,
Kenapa perlu Disk Cleanup?
- Membuang fail sejarah penggunaan internet (temporary internet files)
- Membersihkan Recycle Bin
- Membuang fail-fail/komponen dalam Windows yang tidak diperlukan
- Membuang semua komponen-komponen semasa install.
Bagaimana caranya melakukan Disk Cleanup?
- Klik pada Start > All Programs.
- Teruskan ke Accessories.
- Pilih System Tools.
- Pilih Disk Cleanup.
- Pilih bahagian yang ingin dilakukan Disk Cleanup dan klik OK.
Anda juga boleh melakukan dengan cara ini:
- Klik pada Start > Run.
- Klik Run.
- Taipka cleanmgr
- Klik OK.
- Pilih bahagian yang ingin dilakukan Disk Cleanup dan klik OK.
Melakukan Disk Cleanup akan menyebabkan komputer anda menjadi semakin laju dari biasa kerana fail-fail yang tidak diperlukan telah dibersihkan.Sayangilah hard disk anda sebab kalau hard disk dah rosak semua fail yang terkandung dalam hard disk tersebut hilang begitu sahaja.Menangis nanti 
Selamat mencuba.
:: Dapatkan artikel komputer terus ke e-mail anda dengan subscribe di sini
Artikel komputer menarik:
Jan
27
2008
Pada Forum Ekonomi Dunia (WEF 2008) yang diadakan di Davos,Switzerland Google Inc iatu enjin pencarian terbaik di dunia telah bersetuju untuk mengadakan pangkalan data Google di Malaysia.
Satu perkembangan positif kerana peningkatan penggunaan internet di Malaysia.Kalau pengguna internet tentu kenal siapa Google ni.Malah pensyarah saya pernah memanggil Google sebagai Pak Cik Google sebab apa sahaja maklumat tanya saja dia.
DAVOS (Switzerland): Google Inc, syarikat gergasi enjin pencarian internet, memulakan perbincangan dengan Multimedia Development Corporation (MDeC) susulan rancangannya untuk mewujudkan pangkalan di Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata syarikat itu berminat melabur di Malaysia berikutan prasarana mencukupi dan kedudukan geografi yang strategik.
Katanya, Google juga berpendapat rancangan masa depan teknologi komunikasi maklumat (ICT) negara boleh membantu pembangunan syarikat itu mewujudkan pangkalan di Malaysia.
“Google juga menyatakan puas hati dengan kadar peningkatan pengguna Google di Malaysia yang mana ia tertinggi berbanding di negara lain di rantau Asia Tenggara,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Terdahulu Abdullah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Google, Eric Schmidt di luar mesyuarat tahunan WEF.
Abdullah berkata, Google juga berharap kemudahan disediakan kelak akan turut dapat dimanfaatkan negara. Petikan dari Berita Harian
Mohd Zaini
Jan
26
2008
Salam sejahtera pembaca budiman,
Masyarakat Malaysia hari ini sudah mengakui kehebatan penggunaan internet sebagai medan pemasaran.Banyak syarikat tempatan mengiklankan produk atau servis mereka di internet.Ada yang sudah memiliki laman web sendiri untuk tujuan ini.Tidak kurang juga orang perseorangan yang menjalankan perniagaan internet sebagai sumber rezeki utama.
Tapi kita sebagai manusia harus bijak memilih dan jangan sama sekali terjebak dengan perniagaan internet yang tidak sah.Antaranya menyertai skim cepat kaya,4D (Duduk Diam Dapat Duit),pelaburan haram dan sebagainya.
Semua ini bukan perniagaan internet tetapi pelaburan internet.Ada bezanya.Kita perlu ingat perniagaan internet sama juga risiko dan cabaran seperti perniagaan dunia nyata cuma medium pemasaran dan penjualannya sedikit berbeza.
Antara perniagaan internet yang popular adalah menjual eBook,menjual ruang iklan,servis laman web dan khidmat nasihat.
Kenapa memasarkan di internet?
- 24 jam 7 hari seminggu 365 setahun.Maksud saya di sini adalah medium untuk memasarkan produk dan servise sentiasa ada.Tidak seperti kedai bisaa yang hanya beropersai jam 7 pagi - 8 malam.Di internet operasinya adalah tanpa had waktu dan masa.Lain la kalau macam 7-Eleven memang 24 jam la

- Tidak memerlukan ruang perniagaan yang banyak.Tidak seperti kedai biasa memerlukan ruang yang banyak untuk menyimpan stok anda.Cuma perlukan hosting iatu tempat menyimpan data dan juga nama domain misalnya www.anjungpc.com
- Pelanggan yang global.Ini merupakan sebab utama perniagaan internet berjaya dan mengapa pemasaran internet digunakan.Pelanggan yang akan membeli produk anda adalah datangnya dari seluruh dunia!Bayangkan keuntungan yang bakal anda perolehi.
Kesimpulannnya,apa pun jenis perniagaan internet yang anda dilakukan,pemasaran ataupun promosi adalah faktor utama yang anda utamakan.Tiada gunanya anda menghasilkan produk tanpa sebarang jualan.Fikirkanlah bersama…