Salam sejahtera semua,saya ada menerima satu pertanyaan dari seorang pelawat blog Anjung PC mengenai harga notebook di pasaran sekarang.Bagi saya yang berada di Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Kelang tempat yang paling popular adalah Lowyat Plaza.Sebelum ni ada PC Fair tapi sudah tamat.
Untuk tidak menghampakan semua di sini saya senaraikan website yang boleh anda layari untuk pengetahuan mengenai harga dan spesifikasi notebook di Malaysia:
- C-ZONE
- CYCOM Sale & Service
- Pristige
- Geek
- Startec Computer System
- Sri Computers
- Notebook Shop
- Sungeiway.Com
- Asus Notebook
- NetWorld Computers
- ACER Aspire Series
- ACER TravelMate Series
- Shop For Notebooks
- Dell Notebook
- Benq Notebook
- Asashi Technology
- FutureNet
- MacAsia
- Planet Technology
- Pusat Komputer Putri
- World Of Notebooks
Anda boleh jugak dapatkan di Lelong,E-Bay dan Mudah untuk notebook terpakai dan terbaru.Selamat membeli.
starline
Popularity: 100% [?]


Dari segi bajet dan penggunaan memang berbaloi bagi saya. Saya ada terbaca ada build in GPS. Satu pembaharuan yang menarik. Ada 6 cell batery yang lebih tahan lama dari 3 cell notebook lain.
kekurangan saya kurang pasti sebab tidak pernah menggunakannya.
Wasalam,
Dah cuba setting first boot CD rom? Laptop saya kurang pasti dengan bunyi tersebut. Jika PC berbunyi, sebab utama komponen penting tidak pasang dengan betul. Jadi tak dapat detect. Pada pendapat saya, mungkin komponen dalam seperti RAM sudah ada masalah.
Sekadar pendapat
Wasalam,
Mungkin ada masalah dengan BIOS. Saya pernah mengalami masalah sama semasa cuba install XP kepada laptop Toshiba. Baru beli dan bila nak format jadi macam tu. Dah puas cuba akhirnya tukar laptop baru di kedai laptop.
Itu penyelesaian paling sesuai
Wasalam,
Betul. RAM yang baik dan tinggi memang mempengaruhi. Processor juga memainkan peranan penting. Budget 2k bagi sya boleh dapat laptop yang sesuai untuk photoshop. Rasanya boleh dapat 2.0++ processor, 2G++ RAM dan hard disk yang besar dengan bajet tersebut.
Memang memadai
Wasalam,
Mini laptop yang terbaik dan tahan adalah bergantung kepada penggunaan. Ia agak subjektif kepada setiap orang. Bagi saya model HP sudah cantik. Cuba lihat Inspiron mini 10v Dell.
1. Asus EeePc 1005 – RM1499
2. Lenovo S10-2 – RM1499
3. Hp Mini 2140 – RM1699
4. Acer Aspire 751 – RM1499
Spec:
1. 160gb Hard disk
2. webcam
3. XP home edition
4. blutooth
salam,
hai abg zaini.
saye nk mintak abg berikan pendapat.
notebook yg manekah sesuai untuk student.
bg 5 yg terbaik oke la…
hehe.
bajet 2000 kud.
tp klau lg murah lg besh.
thankss abg zaini.
bro, nk tny cket nih..sy nk bli laptop bru cz sy nye laptop skrin die ad tompok2 itam..xtaw la knape..skg ni bajet sy dlm 3k..kakak sy ckp HP pavilion ok tp sy lebeyh suke sony vaio..tp skg ni sy x brape psti ngn harga die..blh bro tlg suggest mn2 laptop yg sswai ngn bajet sy?xkesah la brand ape..jnji blh pki smpi lbh 5thn..
tumpang tye,,sy de beli laptop bru,,tp de masalah prob dgn anti virus,,
bgni ksahnye,,anti virus yg dlm 2 avg8.5,,tp de gak nothern security,,tp dy papar time on laptop,, suruh uninstall avg8.5 coz northern secure x ley specified dgn avg,,sy da x brape betul dah dgn bnda 2,,tolong bg solving,,,klu uninstall avg,,sy xde anti virus ke 9t??
Cuba uninstall AVG dan re-install. Kebanyakkan laptop dan PC memang tiada masalah dengan antivirus sbb sesuai untuk semua jenis.
Kalau install dua antivirus kadang-kadang ada konflik dan paling teruk laptop akan jadi tersangat lembab untuk on. Baik guna satu sahaja dahulu. Jika ada masalah tidak dapat install cuba cari di website AVG bagaimana untuk selesaikannya.
betol kata zaini..kebanyakan perisian anti-virus hanya membenarkan 1 sahaja antivirus di install pada 1 komputer..dalam kes shunta,norton memberi amaran supaya uninstall avg kerana kebarangkalian antivirus akan conflict dengan windows..
utk “tp dy papar time on laptop”,sy kurang faham ape yg shunta sampaikan..sy nasihatkan,shunta uninstall salah satu perisian anti-virus samada avg ataupon norton security..
saye pljr daripada indonesia belajar kat sini ambik cost business, sye memang x paham pasal laptop, mohon bagi saye opnion tentang laptop yg best punya, saye ade bajet rm2500, laptop c2d, yg boleh utk main game sekali, terima kasih…..
Hi,
I plan nak purchased laptop but xtau nak beli which brand yg ok and price reliable…MAC out of question..:)
my option is :1. DELL studio laptop 15″ or 2. ASUS brand
mostly i use software: ADOBE and editing photo (graphic), so any suggestion?
What spec yg ok?
Thanks for info.
Tips membeli laptop..
Sblom pergi ke soalan jenama laptop yang bagus..soalan pertama yg perlu ditanya oleh setiap pembeli ialah:-
1.apa tujuan atau jenis penggunaan laptop.sekiranya laptop hanya digunakan utk membuat word processing(microsoft office) atau hanya utk melayari internet atau membuat sedikit photo editing(adobe photoshop) atau ketiga2nya sekali,cukuplah memadai dengan laptop biasa dengan mana2 pemproses dari Intel atau AMD dengan jumlah RAM sekurang2nya 1GB.
2.sekiranya penggunaan laptop dikhaskn utk membuat pemprosesan graphic 3D(contohnya Maya) atau video editing (adobe premier) atau sebarang aplikasi yang melibatkn penggunaan graphic yg tinggi,laptop mestilah dilengkapi sekurang2nya dengan prosessor 2core (dual core,core 2 duo,etc..),dan add on graphic adapter seperti ATi atau Nvidia dengan memori 256mb, dan RAM sekurang2nya 2GB.dengan spesifikasi ini,laptop juga mampu utk bermain dengan permainan video game yang terkini.
3.byk lagi jenis spesifikasi laptop yang berbeza bergantung dengan keperluan pengguna.pengguna harus mengenal pasti dahulu tujuan dan penggunaan laptop yg ingin dibeli sebelum memilih spefisikasi atau jenama laptop yg sesuai.
4.berkenaan dengan jenama laptop,semua jenama ada kelebihan dan kekurangan mereka.dr pengalaman sy,sy akan memilih jenama yang boleh memberikan servis dan warranty yang baik selepas pembelian sekiranya laptop itu mengalami kerosakan.spt mane dgn pengguna yg lain,kita mestilah mahu menggunakan selama yg bole,bkn hanya selama 1,2 tahun sahaja.jadi,pembekal yang boleh memberikan warranty lebih dari 2 taun menjadi keutamaan sy.disini sy senaraikan pilihan jenama laptop berdasarkn warranty,pusat servis yg meluas dan laptop yg berkualiti:
a-IBM/Lenovo
b-Dell
c-Sony Vaio
d-Acer
e-HP
jenama laptop yg lain selain dr senarai ini juga bagus,spt Toshiba, NEC, etc..ini semua bergantung kepada pengguna berdasarkan penggunaan mereka..
5.sy ingin menambah,kepada sesiapa peminat Apple,laptop dari jenama Apple juga bagus..ini kerana ia mmg direka khas utk pelbagai kegunaan.dr segi graphic,video,3D,sound,etc..tp sy hanya recommend pd yg profesional shj..
Hi Bro…
Tq for d info…..
Act i dah minimize i nyer choices…..bleh tlg bg final opinion tak utk laptop dat i’m goin’ 2 purchase nnti….i’m heavily use adobe and graphic software for my job..
1. DELL
Processor – Intel Core 2 Duo Processor T6600 (2.2 Ghz)
Memory – 3GB
HardDrive – 320 GB SATA
VideoCard – 512 MB ATI HD4570
2. ASUS K501N
Processor – Intel Core 2 Duo Processor T6500 (2.1 Ghz)
Memory – 4GB
HardDrive – 320 GB
VideoCard – NVIDIA G102M
Thanks Bro for ur help..
Pada pandangan peribadi saya, pilihan no.2 adalah lebih baik.
both laptop can support heavy graphic processing..pilihan saya ialah no1..
sy nk beli laptop untuk pengunaan keje2 menaip dokumen opis tp sy x pasti jenis dan perisian yg mcm mana sesuai untuk tujuan itu dan untuk layari internet sekali tolong bantu sy blh bajet rm2000
anda boleh mendapatkan apa jenis laptop dalam lingkungan rm2000..acer adalah pilihan yang terbaik pd saya kerana menawarkan harga laptop yang lebih murah dan kualiti yang bagus..
ada byk jenis perisian yang anda boleh gunakan untuk membuat pemprosesan dokumen..antara yang popular ialah microsoft office 2003 atau versi yang terkini microsoft office 2007.walaubagaimanapun,pengguna harus mendapatkn versi yang sah dengan membeli license dari microsoft..
ada perisian yang anda bole dapatkan secara percuma,iaitu openoffice..tetapi perisian ini jarang digunakan..anda boleh mendapatkannya dgn mendownload dari website http://www.openoffice.org
Salam..
Saya ingin bertanya kenapa laptop saya bila ON skrin gelap shj. tp bhgian keyboard menyala..? Apa yg rosak? Dan berapa kos kalau hantar repair. Saya guna laptop jenama TOSHIBA.
Tima kasih.
Wasalam,
Skrin gelap mungkin ada masalah dengan motherboard atau gangguan pada komponen. Jika baru beli dan masih ada warranty daripada kedai, lebih baik rujuk semula ke kedai tersebut.
Jika perlu, mereka akan repair atau gantikan dengan laptop baru. Ini pengalaman saya sendiri semasa membeli laptop Toshiba.
A’kum,apakah lap top mini yang sesuai untuk kerja2 adbe photoshop yang mana grafik gambarnya cantik cikgu?
adakah laptop anda berjaya login ke windows?sekiranya berjaya,ada kebarangkalian backlight(lampu belakang) LCD anda sudah rosak..anda perlu menggantikannya dengan yang baru..walaubagaimanapun,saya nasihatkan supaya anda menghantar laptop anda kepada kedai membaiki komputer yang terhampir untuk diperiksa dengan lebih lanjut oleh juruteknik komputer..
sekiranya LCD anda sudah rosak, saya anggarkan kos kerosakan lebih daripada rm500..sila rujuk dengan kedai membaiki komputer yang berhampiran.
terima kasih atas reply anda..
salam…… saya ingin membeli sebuah laptop… saya seorang student dalam bidang kejuruteraan elektronik…….. laptop bagaimanakah yang patut saya beli untuk kesesuaian dengan bidang saya…ASAP….wasalam
Waalaikumussalam,
Bidang kerujuteraan pada saya memerlukan laptop yang spesifikasinya tinggi. Pada saya, lebih baik cari yang ada grafik kad yang baik, RAM yang tinggi seperti 2Gb ke atas dan ruang (hard disk) yang besar.
Cadangan saya, cuba cari model yang tahan lasak seperti Lenovo ataupun ASUS
salam..saya telah membeli laptop HP DV2. 2GB Ram..Saya rasa terlalu slow pada vista home premium. berapa harga jika saya hendak upgrade kepada 4GB Ram. Boleh tak jika saya gunakan Window 7 pada laptop ini. Saya mendapat tahu bahawa Windows 7 lebih ‘ringan’ berbanding vista..terima kasih
Waalaikumussalam,
Untuk upgrade RAM saya kurang pasti.
Windows 7 boleh digunakan di mana-mana laptop kerana ianya OS yang compatible untuk semua model laptop
a’kum. macam mana nak upgrade HP Pavilion notebook dari Vista ke Windows 7. Notebook tu ada partition Recovery. Macam mana pulak dengan driver sedia yang ada, ada problem tak? TQ VM
Wasalam,
Boleh upgrade ke Win 7. Driver kena guna Win 7 atau WIn Vista. Ikut spesifikasi motherboard laptop
Assalamualaikum saya mau tanya nih giman cara repair windows start up?
Waalaikumussalam,
Repair startup rasanya kena guna CD Windows untuk recovery balik missing file
salam… saya ada sket nak tanya… saya dlm proses nak beli notebook…. saya nak tanya, antara AMD dan Intel mana yg bagus…. Dan antara byk2 brand mane yg berkualiti…..? Saya juga seorang yg amat minat bermain games mggunakan notebook…boleh cadangkan pd saya…..prosesor mana yg sesuai digunakan untuk bekerja dan games…
Wasalam,
Notebook ini subjektif. Ada kata bagus ada kata tidak. Tetapi bagi saya Intel lebih baik. Laptop pula IBM dan ASUS jadi pilihan jika diberi peluang. Sebab rating tinggi untuk kedua-dua model ini.
button enter laptop saya asus x80l tercabut, brapa kos nak repair ha?
saya ngah servey laptop jgak…sy student chemical engineering..jd nk cri yg jenis tahan lasak ckit..tengok pada comment pengguna brand ASUS..saya macam tertarik..tp nk tahu harganya macam mana dan specifikasi dia skali..sy dah ada PC..tp klu ada laptop n PC lg best kot..harap ada yg membantu..
ASUS memang baik tetapi bagi saya Lenovo yang paling bagus
salam,saya cadang nk beli netbook,tp sy dgr citer netbook tak elok..klu sy ingin beli..brand pe yg patut sy beli..skang ni sy dh survey lenovo..nmpk mcm bagus jer
Notebook elok kalau pandai jaga. Maksudnya dari segi luaran dan juga sistem. Lenovo memang baik.
salam, saya nk tnyr la,, cm nie cite yer,, bro.. kwn saya la,, die de lappy jns acer,, but,, local die,, just ade local c je,, so mcm mna yer,, nk buat kn, kpd 2 jns cm. Local D 2?? hope dpt membantu…
Waalaikumussalam,
Boleh install Partition Magic. Guna untuk pecahkan hard disk kepada beberapa jenis partition.
2 klu leh ne tok win 7 x???
Windows 7 belum cuba lagi. Cuba tengok review
salam, zaini. sy sorg student. nak tnya pdapat awak ne. baru2 ne sy de beli leptop HP Pavilion dv3-2111 TX harga RM2849 pastu dpat Upgrade Windows 7 free. tpi mber2 ckap leptop y sy bli mhal dan x bagus, btol ke?? btol ke pdapat dia org tu? sy ska leptop y klajuan internit, game n sistem y tinggi. btol ke pilihan sy?? tlg apply secepat mungkin…
Waalaikumussalam,
Laptop HP memang bagus. Pada pendapat saya pilihan anda adalah betul. Sebab disertakan Windows 7 dan update secara percuma. Sebab OS Windows ni memang mahal jika original.
Kena bandingkan juga spesifikasi laptop tersebut dengan model lain yang setanding dengannya.
salam, zaini. lg1 sy nak tnya, pe beza intel core 2 Duo ngan intel centrino 2 core 2 duo? mna yang lbih bagus? n NVIDIA tu sy de tbaca y ianya dpat mmajangkan jangka hayat bttry, tapi leptop sy ne lbih kurang 2jam je, cam leptop yang lain y mgunakan ATI. dan pe klebihan NVIDIA ne? maaf byak tnya… tq
Salam Zaini, saya nak tanya. skrin Laptop saya compaq presario v3000 tak nyala tapi lampu pada keybord nyala. Pada mulanya ok tapi skrin jadi gelap selepas saya install software speedfan di laptop saya? mungkinkah bios atau motherboard rosak? jika nak repair berapa agaknya kos?
Wasalam,
Nak repair skrin memang mahal. Mungkin ada kena mengena dengan speedfan tu. Cuba uninstall dan lebih baik bawa ke kedai. Kalau ada warranty lebih bagus. Kos repair saya kurang arif tetapi memang agak mahal.
salam.
saya student architecture.
ade x any suggestion ntok beli laptop yg sesuai dgn kursus yg sy amek ni?
ingat nk aim yg bwh rm2500 je..xpon bwh rm3000..
klau bleh nk yg thn lame sket..
mintak tolong ye..
tq!
Wasalam,
Cuba cari model Lenovo ataupun ASUS. Model IBM lenovo lebih tahan lasak.
p/s: Saya tidak pernah guna Lenovo, ia pendapat dari rakan saya yang telah guna hampir 3 tahun.
salam zaini, pe beza intel core 2 Duo ngan intel centrino 2 core 2 duo? sbb leptop y sy bru bli ne kat sistem dia bgi intel core 2 dou.. kat dlm risalah y spatutnya dia bg intel centrino 2. cam ne ni??? sy kna tipu ke?? tlg jwb…
Wasalam, saya pun kekadang pening dengan Core ni. Setahu saya, Intel Core untuk PC dan Centrino lebih kepada notebook
Salam Zaini,
Aku sekarang ni tgh mencari cari laptop utk digunakan seharian iaitu
Fujitsu Amilo 3650, AMD Turion X2 Dual Core Processor, 13.3″ Screen, Windows Vista Home Premium Edition, 4GB RAM, 320GB HDD, DVD Rewriter, Integrated Graphics, VFY:S3650MPWQ3GB
apa pendapat nko dgn model ni…dan kalau ade yg betul2 serupa nak tau berapa harga di sana ?
terima kasih
salam dari UK
din carrick
wslm
Wasalam Mohd Zaharudin Pauzi,
Dari segi spek model ni memang mantap. RAM besar dengan hard disk pun yang besar.
Model yang lebih kurang sama:
1. HP PAVILLION DV3-2013TX – RM4299
2. ACER ASPIRE 4736G – RM2399
3. ASUS X59SR – RM2999
p/s: Tak sangka blog ni boleh sampai ke UK pembacanya. Terima kasih.
Saya nak beli netbook. budget dlm RM1600. Boleh bagi suggestion x?
Dalam budget tersebut boleh dapatkan model ACER
Assalamualaikum… Mohd Zaini
Saya dalam keadaan pening sikit. Tujuan saya adalah untuk membeli sebuah laptop baru tetapi tidak tahu brand aper yang perlu saya beli. Ada mengatakan bahawa brand Acer, Hp or Compaq tidak baik banyak problem or kurang tahan berbanding Model Dell. Tolong beri komen.
Waalaikumussalam,
Laptop bergantung kepada penggunaan. Jika laptop yang kurang baik dari segi spesifikasi tetapi kita guna habis-habisan memang akan cepat rosak. Ini pendapat dua orang rakan saya yang sudah rosak laptop akibat games. Memang laptop boleh support game tersebut tetapi panas yang terlampau boleh timbulkan masalah.
Ada pengguna Compaq sehingga sekarang masih lagi ok walaupun sudah guna hampir tiga tahun sebab penggunaan yang sesuai. Tetapi ada yang kata laptop Compaq tidak bagus.
Memang ada model yang ramai beri komen tidak baik tetapi bagi saya semua model adalah sama.
Tanya pendapat orang yang telah gunakan laptop. Kalau model lain-lain lagi bagus sebab kita tahu mana satu yang sesuai dengan kita.
sekadar pendapat.
Terima kasih atas komen tersebut amat membantu
assalamualaikum..sy ingin bertanya..sy penah install software programming kat pc sy.. tp software tu x function n sy tak dpt buat keje sy…bile install kat laptop member sy,elok je sy gune..kenape yer??sy gune pc acer aspire L3600
Waalaikumussalam,
Cuba baca spesifikasi komputer yang boleh di support oleh software tersebut. Selalunya ada di belakang cover CD. Kalau software tersebut dari download internet, boleh baca manual di website software tersebut.
kalu brand lenova,model ape yg sesuai untk sy sbgai student engineering??..
Lenovo IdeaPad Y450-T6600 – RM 2499
- Hard disk 320GB
- RAM 2GB DDR3
- Grafik card -Geforce G 110M
-Processor – Intel Core 2 Duo T6600
trima ksh ye..
emm..kalu budget sy below RM2k, model ape ye yg sesuai?? sy da ad pc..tp dsbbk’ ad certain software yg tak bleh install tu yg uat sy nk cr backup laptop.. pd pendapat awk, sy kene upgrade pc sy ke untk semua software bleh install kat dlm pc sy??lebh2 lg software yg berkaitan engineering..hm
Banyak model dalam bawah 2K. Sebab harga laptop sudah dikira murah berbanding dahulu. Laptop sudah jadi macam handset. Pesanan saya, kalau nak cari backup laptop pastikan hard disk, RAM dan processor adalah baik. Sebab utama adalah anda seorang engineer. Software mesti kena mantap dan juga laptop.
Kebanyakkan software di dunia adalah sesuai untuk semua jenis spek komputer. Kalau ada pun tidak banyak. Upgrade PC adalah salah satu tindakan bijak. Contohnya uprade RAM dan juga grafik kad.
Terima kasih.
ok..trima kasih.
assalamualaikum zainii..
saya berasal dr planet sun..heheeh..ble tolong x?sya nak bli laptop asus bajet dlm 3 ribu cam 2 au r..jd sya x to nak plih modul asus pe..ble x crikan modul asus yg sesuai..dgn harga 3 rbu?
Waalaikumussalam,
Planet Sun dengan Bumi jauh jugak tu. Selamat datang ke Bumi
ASUS bawah RM3k memang banyak. Contohnya:
1. ASUS UL80VT – RM2699
2. ASUS UL50VT – RM2999
zaiinii,,,,,,,,,,
saya asal dr sabah sebenarnya……ble tak gto sya laman2 notebook yang menyenaraikan harga laptop asus terkini (RM)?
terima kasihhhh
Boleh rujuk di website http://www.lowyat.net
salam… saya nak tanya kalau acer aspire 1410 yg 11.6 ‘ ok tak?
Waalaikumussalam,
Acer Aspire 1410 – ini maklumat dari website acer
- Intel® Core™2 Solo Processor SU3500 1.40GHz @ Intel® Celeron® M Processor ULV 743 1.30GHz @ Intel® Celeron® Processor SU2300 1.20GHx
- RAM 2Gb (boleh upgrade sampai 4Gb)
- Mobile Intel® GS45 Express
- Hard disk 320Gb
- Spesifikasi lain sama seperti kebanyakan laptop.
Dari segi spesifikasi memang sesuai. Kalau nak main games pun boleh tiada masalah. Untuk surf internet, install software dan kerja menaip dan data transfer memang tiada masalah.
terima kasih di atas penerangan…
salam saudara,,,,nak tanya…………berapa harga windows 7 home premium ori di pasaran?????
Wasalam, RM380-RM400
salam bro.nak tanya la…..sayer nie xbape arif sgt psl laptop nie….sayer nak beli laptop bajet dlm RM2000…..jenis ape yg ok dr segi spec ngan ketahanan bateri??
Waalaikumussalan,
Dalam RM2000
1. CompaQ CQ40-504AU – RM1749
- AMD Turion X2 2.2GHz
- RAM 2Gb
- hard disk 250Gb
- Grafik Radeon HD3200
- Bateri 4 jam 16 minit
2. Lenovo Value Line G450-T6600 – RM 1999
- Processor Intel Core 2 Duo T6600 2.2GHz
- Hard disk 320Gb
- RAM 2Gb
- Grafik Intel GMA X4500HD
- Bateri 6 jam 30 minit
3. Asus K40IJ-D210W – RM1999
- Processor Intel CD T4300 21. GHz
- Hard disk 320Gb
- RAM 4Gb
- Grafik Intel X4500
-Bateri sehingga 5 jam
Harap membantu
Salam..
Nak tumpang tanya..saya sedang mencari laptop atau notebook untuk tujuan buat tesis. masalahnya saya risau kalau2 beli notebook tp x sesuai untuk buat tesis yang mmg memerlukan penggunaan yg maksimum. So, ada suggestion x mana satu yg patut sy beli? Lagi satu, saya tengah buat perbandingan antara kualiti2 brand laptop yg ada..mulanya saya cadang nak beli SAMSUNG tp ada org cakap x berapa OK..pastu ada plak yg cadang saya beli Dell tp bila saya buat perbandingan kt internet ramai yg kata menyesal lepas beli…so mmg confuse gila dah ni..Nak beli ACER mmg saya dh serik slps problem yg saya hadapi sama jek dgn kawan-kawan yg lain. BoDy ACer bahagian atas mudah pecah dan kebanyakan kwn2 sy juga hadapi masalah yg sama. harap2 dpt membantu.
Waalaikumussalam,
Bagi saya jika sudah ada pengalaman sendiri semasa guna laptop itu lebih baik. Rakan saya menggunakan IBM Lenovo, sehingga kini (sudah masuk 4 tahun) dia amat berpuas ati. Boleh juga cari maklumat Lenovo dan cuba buat perbandingan. Saya dengar kualitinya memang baik.
Harap membantu.
Asssalamualaikum,
Saya berhajat nak membeli laptop untuk tujuan internet dan membuat sedikit kerja MS Office,
Saya x pernah guna dan pertama kali ingin memilikinya,Nak beli yg jenis mini alptop,apa saranan anda kpd saya
Waalaikumussalam,
Jika tujuan sebegitu, budget laptop kurang RM2000 adalah memadai. Boleh cuba Lenovo, ASUS atau DELL.
assallamualaikum….
kat sini sya nk tolak laptop jenis hp pavillion dv4 centrino ram 3.5gb…
bnda ni baru lagi beli dan jarang pakai bab dah dpt laptop baru…so nk cari buyer
secepat mungkin…arga nk jual 2,800 arga leyh nego lg ok..jika berminat sila 0133005413 atau emailkan ke mohdfareez19@yahoo.com.
assalammualaikum,.sye nak tau jika awak tau ( hehe ) berapekah harga pasaran Laptop model HP Compaq Presario CQ45-304TU.baru stgh tahun je pakai.nak jual sbb dah ade yg baru..pls…tolon saye..saye ingat nak tolak kat kedai…tapi sye nak tau berape harga pasaran die skarang,,pls pls,,help me T______T
Waalaikumussalam,
Maafkan saya, saya kurang tahu. Ada sesiapa ada pengalaman jual laptop?
Salam.Hai bro nak tanya sikit la pasal laptop saya nie ada probleam sikit la kat skrin.Utk pengetahuan bro saya guna laptop jenis compaq presario CQ40 baru je beli pada pertengahan tahun lepas 2009.Masalah ngan laptop saya tu kat bawah skrin sekali tu terdapat garisan memanjang la dan kadang kala garisan tu menunjukkan tanda kelip-kelip.So bro ada cadangan x apa yang harus saya buat?
Waalaikumussalam,
Jika berkenaan dengan skrin memang kena hantar repair di kedai. Sebaiknya, laptop tersebut masih ada warranty daripada kedai di mana dibeli. Jika tidak kena repair sendiri skrin tersebut dan kosnya mungkin agak mahal.
akum….sy nk beli lap top..tp sy xtau ape ciri2 yg bgus utk lap top..
Waalaikumussalam,
Boleh rujuk komen sebelum ini. Sekarang ini Lenovo ada keluarkan model baru. Rujuk http://blog.anjungpc.com/komputer-riba/notebook-lenovo-x100e/
saya nk tanye harga notebook hp pavillion dv3 skrang brape ek..???
sye nk bli notebook..budget rm2500..nk yang ram 2gb ke atas n prosessr intel core2duo..
sye skrang study lg bidang multimedia n animation…tlg listkan notebook yang patut sye beli..lg satu brand dell atau hp yang sesuai utk bidang yang sye baja tuh…???reply kat email sye bley tak…emie_goegone91@yahoo.com…tlg ea..urgent..nk bli awl bln 3 nih…
Harga HP Pavillion dv3 dalam lingkungan RM3300 – 3500
Model HP yang ada 2gb RAM ke atas adalah HP PAVILLION DV3-2013TX – 4GB RAM dan 500GB HDD.
Model cadangan (minimun RAM 2Gb):
1. Asus A52JR-I350W – RM2699
2. ASUS M51VR – RM3399
3. Lenovo IdeaPad – RM2399
4. HP Pavilion DV3 – RM2849
Saya lebih cadangkan model yang mempunyai grafik card seperti ATI Radeon. Multimedianya lebih cantik dan teliti.
Email sudah dihantar
salam en zaini,saya nak tanya pendapat,pembelian mana paling berbaloi?
Acer Aspire 4740G-432G50 atau Compaq Presario CQ35-331TX?
spec,harga dan warranty sperti dibawah,
1.Acer Aspire 4740G-432G50-
- Intel i5-430 Processr (2.26Ghz/3MB/1066Mhz, 35W)
- 14″ HD 16:9 Display
- 2GB DDR3 RAM
- 500GB Hard Disk Drive
- DVDRW Drive
- Bluetooth
- Nvidia 512V Graphic
- Built-in Camera
- Microsoft Windows 7 Home Premium
-harga RM 2 499,warranty 1 tahun
2.Compaq Presario CQ35-331TX
- Intel® Core™2 Duo Processor T6600
(2M Cache, 2.20 GHz, 800 MHz FSB)
- 2048MB 800MHz DDR2 Memory (max to 4GB)
- 500GB 7200rpm Hard Disk Drive
- 13.3″ diagonal High definition LED BrightView widescreen display
( 1366 x 768 )
- LightScribe SuperMulti 8x DVD+/-RW Double Layer Support
- Bluetooth
- 802.11b/g Wireless
- Microsoft Windows 7 Home Premium
- Mobile Intel PM 45
- NVIDIA® GeForce® G105M with up to 512MB dedicated graphics
- ExpressCard/34 slot
- Built-in Altec Lansing Speaker
- Integrated 10/100/1000 Gigabit Ethernet LAN
- 3 USB 2.0, HDMi, e-SATA combo, VGA, RJ-45, 1 Headphone, 1 Microphone
- Compaq Webcam with integrated Digital Microphones
- Integrated SD/MMC Card Reader
- 6 Lithium-Ion Battery
-harga rm2300,warranty 3 tahun
Waalaikumussalam,
Bagi saya dua-dua model ini bagus. Tapi jika diberi pilihan saya akan pilih no 2 Compaq Presario CQ35-331TX. Sebabnya:
1. Sudah semestinya warranty. Lagi lama warranty lagi bagus sebab laptop amat terdedah kepada sebarang kerosakan. Jika ada waranti akan menjimatkan kos.
2. Spesifikasi kedua-duanya adalah lebih kurang sama. Jadi lebih murah model Compaq Presario CQ35-331TX. Lebih jimat
3. Tambahan Altec Lansing Speaker bunyinya cantik.
p/s: pendapat peribadi.
salamualaikum,
nak tanya ckit,kenapa laptop saya kadang susah idup dan kalau idup pn gelap x kuar windows(ibm thinkpad R32 lama dh pakai dr 2002) mana nak cari bateri dia kalau ada tlg beritau….
tq.
Waalaikumussalam,
Mungkin sebab Windows. Kalau bateri cuba cari di website lelong.com.my
salam…
Sy plan nk beli mini notebook. sy nk yg kecik & ringan.
Penggunaan tak berat sgt, hanya utk internet, microsoft ofis dan beberapa benda yg ringan2 jer.
so, harap bleh dpt suggestion utk belian terbaik sy. sy dh penah pakai laptop hp, toshiba & skrg ni sony vaio :p
Tq
Waalaikumussalam,
Model cadangan:
1. BenQ – RM1299
Processor Atom 1.66Ghz
RAM 1Gb
Hard disk 160Gb
Skrin 10.1″
2. Lenovo – RM1399
Processor Atom 1.66 Ghz
RAM 1Gb
Hard disk 160Gb
Skrin 10.1″
3. Acer Aspire one D250
Processor Atom 1.66 Ghz
RAM 1Gb
Hard disk 250Gb
Skrin 10.0″
salam..leptop asus ok ker???xtau sngat lar tntang notebook neh
Saya baru saja beli ASUS. Apa yang menariknya, waranti sehingga 2 tahun. Setakat ini puas ati
Salam….
Saya nie student and suka main game…Tlg recommend kn kat saya laptop apa yg bagus…Kalau blh harga laptop tue tak lebih dari 2k lh…
Waalaikumussalam,
Model untuk bermain games dan bawah 2K:
1. COMPAQ CQ40 – RM1799
2. ACER FERRARI ONE 200 – RM2199
3. ACER ASPIRE 4540 – RM1999
Pelawat semasa
Artikel Melalui Email
Bancian
Kategori
Komen Terbanyak
Pelawat Anjung PC