Archive for December, 2007

Dec 29 2007

Online Offline Online

Published by starline under Terkini

Salam sejahtera pembaca budiman,

Setelah hampir dua minggu menyepi dari menulis blog,saya kembali meneruskan perjuangan.Maklumlah di kampung tiada talian internet dan kalau nak guna pun kena pergi cyber cafe.Kadang-kadanag tak ada masa nak ke cyber cafe.Ye la duduk rumah memang enjoy habis la sambil buat perancangan untuk tingkatkan jualan e-book.

Dari selalu online akhirnya jadi offline dan kini kembali teruskan perjuangan sebagai bloggers.Sama seperti rakan perjuangan yang lain yang seangkatan dengan saya.Alhamdulillah,exam CCNA pun dah lulus.Terima kasih buat semua yang memberikan dorongan dan bantuan kepada saya.Semua rakan-rakan yang mengikuti peperiksaaan tersebut pun lulus dengan jayakan.Tahniah jugak buat mereka.

Tahun baru 2008 tinggal dua hari je lagi.Azam saya tahun baru ni dapat:

1. Tamatkan pengajian sebagai pelajar sains komputer

2. Tingkatkan keuntungan e-book Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer.

3. Jadi manusia yang dapat membantu manusia lain terutamnya dalam komputer.

Selamat Tahun Baru buat semua bloggers dan manusia di muka bumi ini icon_smile.gif.

Apa azam anda tahun 2008?

No responses yet

Dec 15 2007

Pak Teh Bila Nak Balik?

Published by starline under Terkini

Salam sejahtera pembaca budiman,

Tajuk di atas tu satu pertanyaan dari anak buah saya dari kampung kat Kedah.Dia selalu tanya bila nak balik.Saja saya letak tajuk tu sebab teringat kat depa kat kampung.

Artikel kali ini cuma nak sampaikan satu perkara yang saya rasakan penting.Bagi pembaca setia blog Anjung PC saya memohon maap kerana tidak dapat online dan still menulis macam biasa bermula dari 16 Disember 2007 hingga 30 Disember 2007.

Maksudnya bermula esok(dari tarikh post ni ditulis) saya akan berada di kampung.Al-maklumlah cuti panjang bersama kesyukuran dapat CCNA title.huhu.Lagi satu kat kampung tak boleh access internet sebab memang tak ada pun sambungan internet.

Bagi yang ingin mendapatkan e-Book Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer,Anda masih lagi boleh memiliki panduan tersebut.Untuk maklumat lanjut layari

http://www.anjungpc.com

Sekian dahulu buat masa ni.Kita jumpa lagi pada masa akan datang.Saya masih lagi akan tulis masa cuti nanti tapi tak tahu la bila.Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua pembaca muslimin.Nak kemas barang jap,esok awal pagi dah nak bertolak icon_smile.gif.

Jumpa lagi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

starline

One response so far

Dec 13 2007

Perjuangan Belum Selesai

Published by starline under Terkini

Salam sejahtera pembaca budiman,

Esok (14 Disemeber 2007) adalah hari paling dinantikan bagi saya sebab ada peperiksaan CCNA (Cisco Certified Network Associate).Selepas hampir 14 hari kursus persediaan dengan macam-macam modul kena hadapi akhirnya terjawab la esok.

ccna.jpg Sebelum ni pun saya memang Computer Networking student.Dalam kursus CCNA kali ni hanya persediaan lengkap nak menghadapi peperiksaan esok.

Thanks for Mr Ken,instructor CCNA kami.Menariknya dia memang pakar dalam CCNA ni sebab dah dapat satu lagi level,CCNP.Mantap tu.

Terima kasih jugak kepada Prestariang dan Kementerian Pelajaran Malaysia sebab wujudkan peluang ini untuk kami budak sains komputer yang sememangnya susah dan miskin.huhu icon_smile.gif.Maklum la nak ambil exam kat luar mahal jugak.Kalau tak salah RM600 lebih kut untuk CCNA ni.

Terima kasih jugak kepada blog CCNA Exam Question yang banyak bagi review pasal CCNA exam questions.Penerangan memang tepat dan mudah difahami.Teima kasih untuk semua terutama pembaca blog Anjung PC ni.

Harapan saya untuk berjaya dalam exam esok dan dapat title CCNA.Nak jadi Network Engineer kena la ada CCNA.Doakan kejayaan kami semua pejuang-pejuang CISCO icon_smile.gif

starline

6 responses so far

Dec 12 2007

Jawapan Teka-Teki

Published by starline under Santai

Salam sejahtera pembaca budiman,

Sekarang saya agak sedikit sibuk kerana 14.12.2007 (Jumaat) adalah peperiksaan CCNA (Cisco Certified Network Associate).Jadi kebanyakkan masa diluangkan mengulangkaji.Saya mohon maaf.

Bagi yang telah memberikan jawapan teka-teki,terima kasih kerana memberi jawapan anda.Saya tidak menitik beratkan jawapan tetapi lebih kepada corak pemikiran masing-masing.Bagi saya semua jawapan adalah tepat mengikut cara pemikiran masing-masing.

Soalan teka-teki lepas:

1.Siapakah orang yang selalu bercakap di belakang kita?

Jawapannya : Tukang gunting rambut

2. Benda apakah yang perginya terbang,pulangnya ,menyelam?

Jawapannya : Joran Pancing

3. Waktu kecilnya hitam,besarnya putih?

Jawapannya : Micheal Jackson.

Selamat berfikir.Pemikiran anda mengubah cara hidup anda.

starline

No responses yet

Dec 11 2007

Harga Notebook Di Pasaran

Published by starline under Terkini

Salam sejahtera semua,saya ada menerima satu pertanyaan dari seorang pelawat blog Anjung PC mengenai harga notebook di pasaran sekarang.Bagi saya yang berada di Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Kelang tempat yang paling popular adalah Lowyat Plaza.Sebelum ni ada PC Fair tapi sudah tamat.

Untuk tidak menghampakan semua di sini saya senaraikan website yang boleh anda layari untuk pengetahuan mengenai harga dan spesifikasi notebook di Malaysia:

  1. C-ZONE
  2. CYCOM Sale & Service
  3. Pristige
  4. Geek
  5. Startec Computer System
  6. Sri Computers
  7. Notebook Shop
  8. Sungeiway.Com
  9. Asus Notebook
  10. NetWorld Computers
  11. ACER Aspire Series
  12. ACER TravelMate Series
  13. Shop For Notebooks
  14. Dell Notebook
  15. Benq Notebook
  16. Asashi Technology
  17. FutureNet
  18. MacAsia
  19. Planet Technology
  20. Pusat Komputer Putri
  21. World Of Notebooks

Anda boleh jugak dapatkan di Lelong,E-Bay dan Mudah untuk notebook terpakai dan terbaru.Selamat membeli.

starline

7 responses so far

Next »