Melajukan Loading Komputer

10 Commented November 26 2007
Categorized Under: Tips

Salam sejahtera semua,

Pertama sekali mintak maaf banyak-banyak sebab lambat sikit post arini,banyak benda kena buat.Pegi Public Bank bank inĀ  duit debit kad.InsyaALLAH,Khamis ni dapat,boleh verified Paypal.Biasa la nak berjinak-jinak dengan bisnes internet kena la ada debit kad icon_smile.gif.Lepas tu kena format komputer kawan-kawan lagi.Boleh jer jimat duit format sendiri.Camna?Kik sini.Banyak keja jugak kena buat.Ni just intro jer,tak ada kena mengena pun dengan post kali ni icon_smile.gif.

Ok lah.untuk artikel kali ni saya nak bagi satu tips camna nak cepatkan loading komputer bila anda on jer komputer.Sesetengah daripada kita merungut sebab komputer lambat sangat nak masuk Windows (untuk pengguna Windows la).Kadang-kadang kena tunggu samapai 15 minit.Mesti ada sebab kenapa jadi camtu.Let’s check it out.

Sebab utama menyebabkan kpomputer kita jadi lembab bila banyak sangat program yang turut sama loading semasa Windows loading.Contohnya program yang terletak kat taskbar bahagian bawah kanan komputer turut sama loading.Windows akan tunggu semau program tersebut loading lengkap sebelum Windows dapat berfungsi dengan sempurna.Time ni ada jam pasir turut kelihatan icon_smile.gif

Cara utama nak atasi masalah ini,gunakan setting kat Window juagk.Klik Start > Run > taip msconfig,kemudian akan terpapar satu pop-up bertulis System Configuration Utility.Klik pada tab Startup dan jangan tandakan program yang tidak perlu di loading contohnya Yahoo Messenger dan Adobe Readers (contoh sahaja) ataupun program yang kurang penting semasa loading.Cadangan saya anda cuma perlu tandakan untuk loading antivirus dan program yang dirasakan amat perlu untuk permulaan komputer anda.

Setelah selesai tekan Apply dan kemudian OK.Anda dimintak untuk restart semula komputer anda ataupun restart kemudian.Anda disarankan untuk restart semula komputer anda dan lihat sendiri komputer anda akan loading lebih laju berbanding sebelumnya.

Ada teknik lain nak bagi laju komputer?Kongsi la geng icon_smile.gif

Selamat mencuba.

Popularity: 10% [?]

Bacaan tambahan

  • No Related Posts

10 Comments

  • At 2008.02.21 04:43, ana said:

    hai….
    sy tk tau ttg laptop yg specnye bgs….dan harganye berpatutan……blh tk syorkan kpd sy ape jenis laptop, spec nye dan bersesuaian dgn harganye…barjet sy dlm rm2500….

    • At 2008.02.21 14:22, starline said:

      Hai Ana,

      Kalau nak dapatkan laptop dengan budget harga tersebut boleh dapatkan di lowyat plaza,KL.Dulu saya pernah belikan untuk member harganya RM 2499.Ini specnya:

      1. Compaq Presario V3754TU
      2. RAM 1Gb
      3. Intel Core 2 Duo T5450 1.67 Ghz/667/2MB
      4. Hard Disk 160 Gb
      5. Monitor 14.1″
      6. DVD RW
      7. + – 2.4 Kg
      8. WiFi 802.11 BG, 3x USB,1394, Bluetooth

      • At 2008.09.15 18:03, Anjung PC dot Com » Keyboard Shortcut said:

        [...] Melajukan Loading Komputer [...]

        • At 2009.01.04 12:17, joe said:

          salam suma,..ptanyaan.adakah membawa kesan jikalau bateri laptop sedang di cas di cabut baterinya biarpun sdh full cas?

          • At 2009.02.11 02:53, dark said:

            salam saya pelajar dalam bidang komputer. saya nak tanya kepada anda semua. ape beza SDRAM, DDR1, DDR2 dan DDR3 dari bentuk, kelajuan, dan lain-lain supaya mudah untuk saya kenali

            • At 2009.02.11 03:09, dark said:

              salam joe sebenanya sama sahaja cabut bateri ke tidak. function laptop sama macam fon kita laa. kita cas bagi penuh kemudian kita stop cas dan guna laptop tu sampai abis bateri untuk elakkan bateri dari rosak… itu yang saya tau laa. tapi kalau silap tolong betulkan pandangan saya yek..

              • At 2009.02.11 03:54, starline said:

                Salam sejahtera dark,

                Unutk mengetahui jenis RAM, boleh rujuk artikel di sini http://blog.anjungpc.com/category/memori-ram/

                • At 2009.05.08 03:42, freeeee said:

                  salammm
                  saya nk format sendiri laptop sy….
                  nk tukar windows vista ultimate kpd windows xp..sy xde cd dy..
                  so mcmmane sy nk wat…..
                  laptop da byk virus nieeeeeeee

                  • At 2009.05.08 08:12, Mohd Zaini Ismail said:

                    wasalam,

                    Boleh format di kedai atau format sendiri. CD yang dijual di kedai pun boleh format. Cuma perlu rajin sahaja ke kedai dan beli

                    • [...] Melajukan Loading Komputer [...]

                      (Required)
                      (Required, will not be published)