Selamat pagi Malaysia,
Pagi ni mood saya nak tulis pasal keselamatan pulak.Saya memang berminat dan menganggap keselamatn komputer ni memang teramat -amat penting terutamanya pengguna internet.Bahay kalau sistem kita kurang selamat.Contohnya macam kita yang selalu buat transaksi keluar masuk melalui online banking cam Maybank2u.Sebab apa keselamatan penting?Semua pun tahu nak elakkan data di curi dan disalahgunakan oleh penceroboh.Semua orang jadi takut sebab tu ciri – ciri keselamatan kena ditingkatkan.
Apa yang kita boleh buat?
1) Memasang Firewall
Pastikan firewall sentiasa di on.Firewall ni ibarat pagar besi/jeriji besi kat umah kita nak elakkan pencuri masuk.Tapi kita kena ingat walau secanggih mana pun teknologi,penceroboh tetap boleh masuk dalam sistem kita sebab itu langkah memasang firewall yang memang mantap/kuat perlu.Bak kata saya “Sediakan pelampung sebelum tenggelam”![]()
2) Sentiasa update Anti-Virus
Antivirus merupakan satu perisian untuk mengesan dan membuang virus,worm dan seangkatan dengannya.Tujuan utama anti-virus perlu di update adalah untuk mengesan virus baru yang dihasilkan.Tidak kisah la apa jenis anti-virus yang anda gunakan,pastikan ia sentiasa di kemaskini.
3) Install anti-Spyware
Dalam bahasa mudahnya di panggil anti-pengintip.Spyware merupakan program dibuat untuk mengintip dan program yang merosakkan sistem dalam komputer.Jadi berhati-hati jika ada program yang mungkin asing bagi anda masuk dalam komputer anda.Cepat-cepat buang sebelum merebak dan parah.
4) Pastikan anda tahu dengan siapa anda membuat transaksi
Sebelum melakukan sebarang transaksi,pastikan anda mengetahui dengan siapa anda membuat transakasi tersebut bagi mengelakkan kes-kes penipuan.Banyak kes-kes penipuan berlaku akibat tersalah mengambil tindakan dengan berinteraksi dengan penipu.
Baiklah,sekarang periksa komputer anda,adakah cukup selamat untuk online?.Saya menunggu reaksi dari anda jika ada sebarang tips-tips lain untuk meningkatankan keselamatn komputer.Sila kongsikan bersama k.
Selamat membaca ![]()
zaini a.k.a Starline
Popularity: 5% [?]







mintak maaf starline..cari la sendiri kt google!!!haha..komputer saudara selamat ke?saya pakai kaspersky..valid smp 2010..
Nak tambah sikit rasanya disini..ciri keselamatan dalam pc….
Semua yang starline bagi tu. panduan yang amat berguna….online transaction.. memang selalu digunakan… cam maybank2u.. ataupun laman lain.
Tak semestinya. pakai antivirus paling canggih pun dah selamat.Sekarang ni spyware makin bermaharajalela. Selalunya. spyware ni melembabkan internet. Paling tidak pun bagi masuk web pereka menatang spy ni. Jadi .. anti-spyware pun penting juga. Pakaila karspesky ke . bit defender ke.. nod32 ke.. kalau tak update tak guna juga.. sekarang zaman pakai usb drive.. dah tak pakai floppy.. atau zip drive… PALING PENTING macam starline kata .. sentiasa tahu dengan siapa atau dengan apa….tambahan je…nak senang kalau tak nak diceroboh… jgn online langsung.. hehehhe..nak jugak online jgn buat transaksi password yang peribadi kepada web sebarangan.. jadi BERHATI HATI …
[...] Adakah Komputer Anda Selamat? [...]
salam…
pada pandangan aku kalau nak selamat buat transaksi ke bank pastikan kowang hanya buka satu sahaja website dan jangan on apa apa aplikasi spt: YM , MSN, dan lain lain dan pastikan kowang buat dulu scan… pasal dengan hanya satu kealpaan kowang akan rugi.. biar lambat tapi selamat..
nasihat nih pasal aku selalu masuk pc orang dan baca data chokies..
macam mana aku dapat tahu…
setiap yang main bendealah nih kowang ada progy yang jalan… so nak selamat guna firefox…
tips …
- jangan on apa – apa progy sebelum buat transaksi
- scan dulu anti spyware
- on web transaksi sahaja
pastu kowang boleh buat tarnsaksi
pastu kowang delete chokies dan private data.
k all salam kenal dari aku…
salam macam sya beli komputer baru . saya nak tau jenis-jenis spy-ware, antivirus dan firewalll jenis ape yang paling selamat dan tidak beratkan komputer saya
Waalaikumussalam,
Kepada Dark,
Spy-ware ada banyak juga di Internet. Tetapi kini antivirus juga didatangkan bersama spyware protection.
Firewall ada banyak di Internet. Tetapi saya hanya menggunakan firewall dari Windows sahaja dan tidak berat kerana pakej firewall datang bersama Windows.
Untuk Antivirus, bagi saya semua ativirus adalah berat dan menggunakan banyak memori komputer. Ini kerana antivirus berjalan setiap masa bermula dari PC dihidupkan sehingga dipadam. Untuk antivirus yang tidak berat bagi saya adalah seperti AVG. Kaspersky juga tidak terlalu berat.
selain dari ada antivirus(xkiralah canggih mcm mana pun), pengguna sendiri seharusnya perihatin terhadap bentuk2 serangan virus,worm,trojan etc.. ini kerana ada diantara antivirus tersebut memerlukan kebenaran dari pengguna utk ‘delete’, ‘allow’ dan ‘quarantine’ sesuatu file tersebut.. Klu tersilap delete atau allow file, silap2 parah komputer sendiri…:)