Nov
30
2007
Selamat pagi semua,
Pagi ni sambung lagi kursus CCNA kat fakulti.Saya tak nak tulis panjang-panjang cuma nak mintak pendapat dari anda semua berkenaan tajuk di atas.
Kenapa anda suka komputer anda?Walaupun komputer anda slow dan out of date tapi anda tetap suka dan jauh sekali nak menjualnya.Anda sanggup tunggu walaupun komputer lambat loading.Komputer ni ada satu benda sentimental value untuk semua orang.
Bagi saya,sebab utama saya suka komputer saya adalah komputer memudahkan hidup saya dalam kerja-kerja harian macam nak buat tesis.
Jadi saya mintak pandangan anda.Boleh bagi komen.
Kenapa anda suka komputer anda?
Nov
28
2007
Selamat pagi,
Sebagaimana yang kita semua tahu selain di dunia nyata,kita juga boleh membeli -belah menguunakan medium internet ataupun membeli baranagan secara online.Antara website yang popular di malaysia menawarkan perkhidmatan membeli dan menjual secara online adalah Lelong dan Ebay.Antara barangan yang dijual dan dibeli oleh pengguna intenet adalah ebook,handphone dan perkasasan komputer.
Di dalam panduan ini,menerangkan dengan terperinci langkah-langkah yang perlu di ambil sebelum membeli,keperluan yang perlu dan bagaiman menggunakan maybank2u dan cimb clicks sebagai kaedah pembayaran.
Panduan ini adalah PERCUMA untuk diedarkan dan menerangkan kepada rakyat Malaysia bahawa membeli seara online adalah selamat kerana perkhidmatan pembayaran yang disediakan oleh pihak bank adalah paling selamat dan pengguna tidak perlu risau akan masalah seperti penipuan.
Untuk mendownload sila klik gambar di bawah atau klik Panduan Membeli-belah Secara Online
Panduan ini dibawakan khas oleh:
WangCyber.com , RajaAdsense.com dan PenulisEbook.com
Semoga rakyat Malaysia dapat menjadikan platform online sebagai satu kaedah pembelian masa kini.Panduan ini boleh diedarkan secara percuma kepada sesiapa sahaja.
Baca jangan tak baca 
Nov
27
2007
Salam sejahtera semua,
Hari ini post blog lambat sikit sebab dari pagi sampai petang ada kursus CCNA (Cisco Certified Network Associates),kalau budak-budak komputer tahu la kut benda pa CCNA tu.Budak tak komputer pun rasa-rasanya tahu.Penat memang penat tapi seronok sebab daftar percuma.Semua percuma dan siap dapat buku CCNA harga RM 200 percuma beb.Sapa tak nak.
Baiklah,post kali ni saya nak cerita tentang di sebalikkegunaan komputer.Macam kita semua sedia maklum kebanyakkan orang guna komputer untuk menaip surat,main internet,main game,beli barang online macam buku,ebook,handphone dan barangan komputer.Tapi sebenarnya dalam masa yang sama komputer juga boleh menjadi satu medium untuk beribadat kepada Allah S.W.T.
Semasa kita menggunakan komputer dalam masa yang sama kita juga mendapat pahala melalui aplikasi komputer.Bagaimana?.Senang saja.Dalam Islam sebarang perkara yang mendatangkan faedah dan baik akan mendapat pahala macam kita tolong orang,derma-menderma dan baik hati dengan orang.Di bawah ini saya senaraikan bagaimana komputer juga boleh membantu kita mendapat pahala,Antaranya:
Continue Reading »
Nov
26
2007
Salam sejahtera semua,
Pertama sekali mintak maaf banyak-banyak sebab lambat sikit post arini,banyak benda kena buat.Pegi Public Bank bank inĀ duit debit kad.InsyaALLAH,Khamis ni dapat,boleh verified Paypal.Biasa la nak berjinak-jinak dengan bisnes internet kena la ada debit kad
.Lepas tu kena format komputer kawan-kawan lagi.Boleh jer jimat duit format sendiri.Camna?Kik sini.Banyak keja jugak kena buat.Ni just intro jer,tak ada kena mengena pun dengan post kali ni
.
Ok lah.untuk artikel kali ni saya nak bagi satu tips camna nak cepatkan loading komputer bila anda on jer komputer.Sesetengah daripada kita merungut sebab komputer lambat sangat nak masuk Windows (untuk pengguna Windows la).Kadang-kadang kena tunggu samapai 15 minit.Mesti ada sebab kenapa jadi camtu.Let’s check it out.
Sebab utama menyebabkan kpomputer kita jadi lembab bila banyak sangat program yang turut sama loading semasa Windows loading.Contohnya program yang terletak kat taskbar bahagian bawah kanan komputer turut sama loading.Windows akan tunggu semau program tersebut loading lengkap sebelum Windows dapat berfungsi dengan sempurna.Time ni ada jam pasir turut kelihatan 
Cara utama nak atasi masalah ini,gunakan setting kat Window juagk.Klik Start > Run > taip msconfig,kemudian akan terpapar satu pop-up bertulis System Configuration Utility.Klik pada tab Startup dan jangan tandakan program yang tidak perlu di loading contohnya Yahoo Messenger dan Adobe Readers (contoh sahaja) ataupun program yang kurang penting semasa loading.Cadangan saya anda cuma perlu tandakan untuk loading antivirus dan program yang dirasakan amat perlu untuk permulaan komputer anda.
Setelah selesai tekan Apply dan kemudian OK.Anda dimintak untuk restart semula komputer anda ataupun restart kemudian.Anda disarankan untuk restart semula komputer anda dan lihat sendiri komputer anda akan loading lebih laju berbanding sebelumnya.
Ada teknik lain nak bagi laju komputer?Kongsi la geng 
Selamat mencuba.
Nov
25
2007
Selamat pagi Malaysia,
Pagi ni mood saya nak tulis pasal keselamatan pulak.Saya memang berminat dan menganggap keselamatn komputer ni memang teramat -amat penting terutamanya pengguna internet.Bahay kalau sistem kita kurang selamat.Contohnya macam kita yang selalu buat transaksi keluar masuk melalui online banking cam Maybank2u.Sebab apa keselamatan penting?Semua pun tahu nak elakkan data di curi dan disalahgunakan oleh penceroboh.Semua orang jadi takut sebab tu ciri - ciri keselamatan kena ditingkatkan.
Apa yang kita boleh buat?
1) Memasang Firewall
Pastikan firewall sentiasa di on.Firewall ni ibarat pagar besi/jeriji besi kat umah kita nak elakkan pencuri masuk.Tapi kita kena ingat walau secanggih mana pun teknologi,penceroboh tetap boleh masuk dalam sistem kita sebab itu langkah memasang firewall yang memang mantap/kuat perlu.Bak kata saya “Sediakan pelampung sebelum tenggelam”
2) Sentiasa update Anti-Virus
Antivirus merupakan satu perisian untuk mengesan dan membuang virus,worm dan seangkatan dengannya.Tujuan utama anti-virus perlu di update adalah untuk mengesan virus baru yang dihasilkan.Tidak kisah la apa jenis anti-virus yang anda gunakan,pastikan ia sentiasa di kemaskini.
3) Install anti-Spyware
Dalam bahasa mudahnya di panggil anti-pengintip.Spyware merupakan program dibuat untuk mengintip dan program yang merosakkan sistem dalam komputer.Jadi berhati-hati jika ada program yang mungkin asing bagi anda masuk dalam komputer anda.Cepat-cepat buang sebelum merebak dan parah.
4) Pastikan anda tahu dengan siapa anda membuat transaksi
Sebelum melakukan sebarang transaksi,pastikan anda mengetahui dengan siapa anda membuat transakasi tersebut bagi mengelakkan kes-kes penipuan.Banyak kes-kes penipuan berlaku akibat tersalah mengambil tindakan dengan berinteraksi dengan penipu.
Baiklah,sekarang periksa komputer anda,adakah cukup selamat untuk online?.Saya menunggu reaksi dari anda jika ada sebarang tips-tips lain untuk meningkatankan keselamatn komputer.Sila kongsikan bersama k.
Selamat membaca 
zaini a.k.a Starline