Skip to content

Anjung PC dot Com

Informasi Teknologi Komputer & Internet

Salam sejahtera,

Musim perayaan kembali lagi. Kali ini Tahun Baru Cina. Kesempatan bercuti digunakan untuk pulang ke kampung. Saya sendiri akan balik kampung tengahari esok. Mengikut berita terkini sewaktu post ini ditulis, jumlah kenderaan di jalan raya terutamanya di lebuh raya sudah mula meningkat.

Info Trafik dari PLUS Highway

Sebagai lebuhraya paling penting di Malaysia, PLUS highway memberikan maklumat terkini setiap masa melalui internet. Cuma layari http://www.twitter.com/plustrafik. Berita terkini di jalan raya seperti keadaan trafik, kemalangan dan tips ada pada laman Twitter Plus.

Jadi, kepada mereka yang mempunyai telefon berinternet (saya pun tiada), gunakan kemudahan yang ada. Sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit gambaran keadaan terkini lebuhraya. Jika perlu gunakan jalan lama. Kalau terlampau sesak, rombak jadual perjalanan.

Rancang perjalanan, pandu cermat. Biar lambat asal selamat.

Selamat bercuti.

pelayar internet google chromeSalam sejahtera,

Sudah lama saya tak kemaskini blog. Sebab utama talian internet belum dipasang di rumah baru. Selepas penat berfikir baik buruk, saya ambil keputusan untuk pasang Unifi. Bila masanya? Saya akan fikirkan kemudian. Mungkin secepat yang boleh.

teruskan bacaan…

intel vs amd

Salam sejahtera,

Post kali ini cuma minta pandangan ikhlas daripada pembaca. Saya akan berpindah dari rumah sekarang ke tempat baru. Tempat sekarang memang sudah guna Streamyx hampir 4 tahun. Setakat ini puas hati. Tengok Youtube pun tak perlu tunggu habis streaming.

Tempat baru semua baru

Sudah semak dalam web Unifi, ada perkhidmatan Unifi di situ. Alhamdulillah, ada perkhidmatan internet tetapi tempoh pemasangan mungkin lama. Jadi, tiada internet untuk beberapa bulan. Parah juga ni.

Streamyx juga sama kesnya dengan Unifi. Mungkin ambil masa lama sebab perlu ada talian tetap sebelum boleh tukar jadi Streamyx.

Wireless Broadband seperti Celcom, Maxis dan Digi. Harganya murah dan cepat. Selepas beli dalam beberapa jam sudah boleh guna tetapi taliannya, al-maklum sajalah. Kurang sesuai kepada saya yang suka muat turun, video streaming. Setakat email dan blog tiada masalah.

Bila fikirkan balik, lebih baik pasang Unifi sebab manfaat untuk jangka masa panjang. ‘Orang sebelah’ rumah juga dapat kebaikan. Kalau mahal boleh kongsi-kongsi.

Apa pandangan anda?

laptop samsungSalam sejahtera pembaca budiman,

Hari ini semua orang cuti. Pada yang bekerja, selamat menjalankan tugas dengan penuh amanah. Saya pun biasa bekerja pada hari cuti umum, memang sakit tapi sebab gaji bayar lebih, sakit pun tak apa. Baiklah, review notebook kali ini berkenaan dengan satu model baru keluaran Samsung iaitu Samsung Series 9.

teruskan bacaan…

Rangkaian Berita IT